Viral

“Saya yang suruh AJK Masjid buat laporan” – Atuk Remaja Cvri Tabung Masjid

Baru-baru ini, ada netizen mendakwa bahawa remaja yang mencvri tabung masjid dan dimandikan seperti jenazah oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah di Kuang adalah merupakan seorang penagih d4dah.

Melalui temubual bersama MalaysiaGazette, datuk kepada remaja tersebut Rosli Sidek mengesahkan yang dia sendiri meminta agar AJK masjid untuk membuat laporan p0lis ke atas cucunya itu.
“Dia merupakan remaja bermasalah”

 

Fjcqbsgamaeed6WSumber: Twitter

Menurut Rosli, tujuan dia menyarankan perkara ini adalah supaya cucunya Daniel Iskandar yang berusia 19 tahun itu dapat menjadi orang berguna.

Tambahnya lagi, dia tak mahu apa yang berlaku ke atas keluarganya menimpa orang lain gara-gara sikap Daniel itu sendiri.

Pun begitu, atuk kepada Daniel ini hanya mengesyaki cucunya itu terjebak dengan dadah ekoran tindakannya sering di luar dugaan.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkin besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.”

Selain itu, Rosli turut mengatakan yang cucunya itu pernah mencvri wang simpanan umrah neneknya dan motosikalnya serta mengugut menc3derakan arwah neneknya.

“Contohnya dia pernah mencvri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut menced3rakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam.”

Manakala AJK Masjid Al Islahiah pula mengatakan tujuannya memandikan Daniel selepas ditangkap adalah kerana remaja tersebut dikatakan berada dalam keadaan khayal dan lal0k.

Polis sahkan remaja cvri tabung masjid untuk beli d4dah dan berjvdi

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superitendan Shafa’aton Abu Bakar mengatakan remaja berusia 19 tahun tersebut mencvri duit tabung bagi membeli d4dah dan bermain jvdi dalam talian.

Soal siasat kami dapati dia mencvri untuk beli d4dah dan untuk bermain jvdi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabv,”katanya.

Rosli meminta agar netizen di media sosial berhenti menyalahkan AJK masjid kerana melaporkan kes curi cucunya itu ke pihak berkuasa.

sumber:lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *