Viral

Pengarah HKL Akhirnya Tampil Respon Isu ‘Not My Problem’ Dari Ahli Farmasi

Berhubung dengan tular isu sikap tidak profesional ahlifarmasi dari Hospital Kuala Lumpur sejak 2 hari lalu, pihak HKL hari ini telah tampil memberikan keterangan.

Peka dengan insiden tersebut, Pengarah HKL menerusi dalam satu kenyataan menyatakan bahawa terdapat kekeliruan antara pengadu dengan pegawai yang bertugas.

Mengenai sistem MyUbat

Menurut KHL, perkhimatan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) tidak dapat dilaksanakan berikutan dengan masalah stok bekalan yang terhad bagi jenis ubat yang diminta pengadu.

Oleh itu, bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan masa pembungkusan 2 minggu lebih awal daripada tarikah pesakit menerima ubat tersebut sebelum boleh dilaksanakan seperti biasa jika stok bekalan ubat kembali normal.

Ahli Farmasi berdepan tindakan

Menjawab isu sikap ahli farmasi dari hospital tersebut, HKL menyatakan bahawa pihaknya telah mengenalpasti kakitangan berkenaan dan tindakan sewajarnya akan diambil agar insiden tersebut tidak berulang.

271597972 10220757899369633 249068459654633203 N 1

Sumber: Facebook

Tambah HKL, pihaknya juga akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.

 

 

 

“Not my problem” – Ahli Farmasi HKL Didakwa Bladap, Lelaki ‘Rep0rt’ KKM Baru Gelabah

Bagi memudahkan urusan pesakit dan ahli farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) bermula April tahun lalu.

Melalui perkhidmatan ini, pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat melalui temujanji atau melalui pos.

Namun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Syafarizal Sharif telah kongsikan pengalamannya ketika dia berurusan dengan ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur yang didakwa bladap.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak biadap menjawablah kau kat KKM.”

“Not my problem”

271597972 10220757899369633 249068459654633203 N

Menurut Syafarizal, dia telah pergi ke farmasi HKL pada 10 Januari lalu dan mendakwa dia diminta untuk mengambil ubat setiap dua minggu sehingga bulan Jun.

Disebabkan lelaki ini tinggal di Sungai Buloh, dia telah meminta ahli farmasi di sana untuk menghantar ubat di rumah melalui MyUbat seperti sebelum ini.Namun, ahli farmasi yang bertugas didakwa telah memberitahu bahawa Syafarizal tak boleh menggunakan MyUbat dan perlu datang ke HKL untuk mengambil ubat.

 

 

Bila Syafarizal memberitahu tentang keadaan dirinya yang mengalami sakit kronik dan boleh memudaratkan jika terlepas mengambil ubat, ahli farmasi itu dikatakan enggan melayan permintannya.

Saya: KKM kan baru launch MyUbat untuk mudahkan cara ambil ubat. Takan dah tak ada. Takkan lah saya kena ulang alik dari Sungai Buloh ke HKL setiap 2 minggu untuk ambil ubat. Tak ada cara lain ke untuk saya dapat ubat ni lagi pun kalau hantar guna MyUbat pun kos saya bayar COD. Bekalan ubat saya tak boleh putus kerana saya ada AlIergic AnaphyIaxis Type 1 dan senang kena AnaphyIactic Sh0ck jika bekalan ubat putus.

Pharmacist 1: NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat gi lah kat hospital lain pulak.)

“Anything you cerita dengan KKM”

Bengang dilayan acuh tak acuh, Syafarizal telah bertindak untuk merakam perbualannya selepas itu dan turut mengambil nama ahli farmasi itu dan beritahunya yang dia akan membuat aduan kepada KKM dan pengarah HKL.

Setibanya di rumah, lelaki ini telah mendapat panggilan telefon dari HKL di mana seorang ahli farmasi lain telah menelefon dan meminta untuk berbincang serta memohon agar isu tersebut tak dipanjangkan ke KKM.

Tak cukup dengan itu, ahli farmasi yang menelefonnya turut menawarkan untuk menggunakan sistem MyUbat dan mahu menghantar ubat tersebut ke rumahnya.

Saya: Tadi kata MyUbat tak ada lagi apasal kata ada pulak. Sorry lah anything you talk to KKM, NOT MY PROBLEM anymore.

Pharmacist 2: Perkara ni boleh discuss. Kami boleh settle. Tak perlu repot ke KKM.

Saya: NOT MY PROBLEM also. Anything you cerita kat KKM. Dah berapa ramai pesakit you buat macam ni, dah berapa ramai pesakit mati kerana you potong ubat yg Doctor beri pada mereka? Kalau saya kena AnaphyIactic Sh0ck nanti sebab tiada ubat nanti you tahulah tindakan undang-undang kat you!

Untuk pengetahuan korang, posting lelaki ini telah pun tular dan mendapat sebanyak lebih 5,000 perkongsian. Rata-rata netizen memuji tindakan tegas lelaki ini terhadap ahli farmasi tersebut.

Screenshot 2022 01 12 At 12.49.24 Pm Down

Tak ramai orang yang berani untuk buat macam apa yang Syafarizal ni buat, harapnya KKM boleh siasat dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini betul-betul berlaku supaya ia tak berulang dekat pesakit lain.

Sumber:lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *