Viral

Raja Bomoh Mahu $aman Jabatan Yang Mendakwanya Syirik.

Semalam tular kisah Raja Bomoh yang didakwa melakukan ritual menghalau banjir di Persisiran JPS Teluk Intan, Perak.

Video itu mengundang kecaman warganet yang menyifatkan perbuatan tersebut menyimpang dengan ajaran agama Islam.

Hari ini, Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu menyaman mana-mana jabatan yang mendakwa beliau melakukan perbuatan syirik dan khurafat di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Beliau mendakwa, apa yang dilakukannya di Teluk Intan itu semata-mata kerana Allah S.W.T untuk mengelakkan banjir di daerah tersebut dengan menggunakan cara tradisional iaitu petua orang zaman dahulu.

Menurutnya, tujuan sebenar dia melakukan perbuatan tersebut adalah untuk mengelakkan banjir besar di Teluk Intan.

“Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan mengunakan daun serta kayu dilepaskan (ke sungai),

“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti,

“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di laman Facebook Datok Ibrahim Md Zin hari ini.

Ibrahim seterusnya berkata, Malaysia sebuah negara demokrasi, maka sepatutnya jabatan terbabit memanggilnya untuk berbincang terlebih dahulu dan menegur jika perbuatannya itu salah.

Menurutnya, jabatan berkenaan tiba-tiba menjatuhkan hukum syirik dan khurafat sedangkan perlu ada budi bicara dalam soal itu kerana jika ada perkara yang salah boleh diperbetulkan.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengesahkan menerima laporan daripada Ibrahim berhubung dakwaan mengadakan upacara yang bertentangan ajaran Islam di Dataran JPS Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan polis berhubung kes itu diterima pihaknya pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Semalam Kosmo! melaporkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim yang dikenali sebagai Raja Bomoh berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Upacara itu tular di media sosial menerusi video berdurasi 25 minit yang memperlihatkan Ibrahim melakukan upacara dipercayai menolak musibah banjir bersama seorang wanita dikenali ‘Puteri Zaleha’.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, perbuatan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

 

Sumber  : Datok Ibrahim Md Zin/Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *