Viral

MUDA Ditvduh Guna Duit Sumbangan Banjir Untuk BeliArak, Ini Penjelasan Syed Saddiq…

Baru-baru ini, beberapa gambar tular di media sosial menunjukkan beberapa orang memakai baju parti MUDA sedang duduk di meja yang penuh dengan botol dan tin arak

Posting tersebut telah mempersoalkan tentang sikap orang-orang di dalam parti ini serta turut mendakwa duit bantuan banjir yang diberikan oleh orang ramai telah digunakan untuk membeli arak.

Ekoran ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku presiden MUDA telah tampil menerusi Facebook untuk menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan ia sebagai sabotaj dari parti politik lain.

Menurut Syed Saddiq, perkara sebegini sering dijadikan formula orang pihak-pihak yang kurang senang dengan kerja MUDA. Dekat bawah ni adalah penjelasan darinya mengenai tuduhan tersebut.

“Saya pantang apabila ada tuduhan bukan-bukan, lagilah wang sumbangan rakyat. Ini penjelasan saya:

MUDA tak guna duit sumbangan untuk beli minuman alkohol

Ini tuduhan paling tak masuk akal. MUDA is an open book. Semua sumbangan 100% disalurkan kepada mangsa banjir. Minggu lepas saya dah buat Sidang Media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu.

Semua urusan direkod dan akan diaudit. Tak perlu nak buat tuduhan kononnya MUDA salah guna duit beli minuman alkohol.”

MUDA adalah parti berbilang bangsa dan agama

MUDA wujud atas dasar toleransi. Selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, tak apa lah.

Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.

Kita hormat hak mereka & mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka.”

Syed Saddiq kemudiannya akhiri penjelasannya ini dengan mengajak orang ramai yang nak tahu lebih lanjut mengenai perbelanjaan MUDA untuk datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA dan bagi yang mahu membantu, boleh membuat sumbangan tunai di sini.

sumber:lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.