Viral

7 Peristiwa Besar Yang Berlaku di Malaysia Sepanjang 2021

Setelah mengharungi pelbagai kepayahan semasa negara dilanda pandemik pada tahun 2020, tahun 2021 yang dianggap sebagai satu lembaran baru yang bakal membawa Malaysia keluar daripada kesengsaraan ini.

Walau bagaimanapun, 2021 bukanlah seperti yang dijangkakan. Banyak yang kita harungi daripada krisis ekonomi, pertukaran kerajaan hinggalah bencana alam yang meragut banyak ny4wa.

Berikut kami rangkumkan 7 peristiwa besar yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2021: 

1. Golongan menteri & VIP langgar SOP C0VlD I9

Penguatkuasaan SOP yang selaras dengan penularan wabak C0VID l9 nampaknya semakin dipandang enteng oleh beberapa pihak terutamanya mereka yang berpangkat dan golongan selebriti.

Pada tahun ini sahaja, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen, sebanyak 56 orang ahli politik telah ditahan kerana melanggar SOP.

Makandurian Langgar SopSumber:Blog
Insiden ‘makan durian’ yang melibatkan menteri langgar sop

22 daripada mereka telah dikenakan saman, 1 kes telah dihadapkan ke mahkamah manakala 25 kes lagi masih dalam siasatan. 8 kes pula telah diklasifikasikan sebagai NFA (no further action).

Ini belum termasuk kes golongan artis yang melanggar SOP seperti Neelofa dan suaminya, Harris, majlis aqiqah anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, majlis perkahwinan Kamal Adli & Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Neelofa Wedding Langgar Sop FbSumber:mediarania
Majlis perkahwinan neelofa didakwa langgar sop

 

2. PKP akhirnya tamat, rakyat boleh rentas negeri

Rakyat Malaysia akhirnya  mendapat kebebasan yang telah lama dinantikan apabila Pelan Pemulihan Negara (PPN) diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos, dua bulan sebelum PKP ditamatkan.

Pelan ini ialah sebagai satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik C0VID I9.

Ppn Fasabh 1625314004Sumber:BH

Dengan itu, secara rasminya pada 10 Oktober 2021, PKP yang sekian lama diadakan telah ditamatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri. Perkara ini sekaligus merancakkan semula industri pelancongan dan ekonomi di dalam dan luar negara.

 

3. Malaysia tukar kerajaan lagi?

Situasi politik di negara ini kembali bergelora selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli kabinetnya dipaksa meletak jawatan kerana gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen pada Ogos lalu.

Muhyiddin atau ‘Abah’ seperti yang digelar rakyat kemudian digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia dengan mendapat sokongan daripada 144 MP.

Bh21Mailsumpah O Bhfield Image Socialmedia.var 1629535968Sumber:BH

4. Bendera Putih 

Krisis ekonomi yang makin memburuk membuatkan sebilangan rakyat yang makin terdesak dan berada di dalam kesusahan muncul dengan kempen ‘bendera putih’ sebagai satu ‘signal’ dalam meminta bantuan dari segi kewangan dan makanan.

Sungguhpun kempen bendera putih ini terpalit pelbagai kontroversi melibatkan isu politik dan lain-lain, rakyat yang berpegang dengan prinsip #rakyatjagarakyat terus menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Salute! 

Bendera Putih White Flag Bernama 020721 1Sumber:FMT

5. Hartal Doktor Kontrak 

Tertekan dengan layanan yang diterima sepanjang menjadi doktor kontrak, sebahagian daripada doktor di Malaysia terlibat dalam kempen ‘Hartal Doktor Kontrak’ yang diadakan di hospital awam seluruh negara sebagai tanda solidariti kepada mereka yang terkesan.

Antara matlamat yang ingin dicapai termasuklah penyerapan pegawai perubatan kontrak ke dalam sistem kesihatan secara automatik, ketelusan kaedah penyerapan dan jaminan pekerjaan dan lanjutan pelajaran pascakontrak.

Covid 19 Hartal Doctor Contract Sungai Buloh 02 FullSumber:Blog

6. Najib bersalah dan dijatuhkan hukuman 

Setelah sekian lama kes berlangsung, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Ini bermakna hukvman p3njara 12 tahun dan denda RM210 juta atas 3 pertuduhan pec4h amanah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan penyalahgunaan kedudukan terhadap ahli Parlimen Pekan ini dikekalkan.

Najibsalah Hmfield Image Listing Featured V2.var 1595910389Sumber: Harian Metro

7. Banjir besar landa Malaysia 

Bah besar yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia merupakan penutup bagi tahun 2021 yang amat menyedlhkan.

Hujan tanpa henti yang melanda beberapa tempat di Lembah Klang dan Selangor serta negeri seperti Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu telah menyebabkan banjir.

Banjir 2021Sumber:Blog

Boleh dikatakan Selangor ‘lvmpuh’ pada 18 Disember lepas gara-gara banjir yang kini mengorbankan sebanyak 48 orang (setakat artikel ini ditulis) dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Namun semangat yang dipaparkan rakyat Malaysia sangat mengagumkan apabila kita semua dilihat turun padang dan menghulurkan bantuan tak kira masa, tempat dan siapa yang terlibat.

Semoga tahun hadapan memberi sinar harapan baru buat kita semua. Selamat Tahun Baru 2022! 

Sumber:Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.