Viral

“Saya tak nak dijulang lebih2, cukuplah ucap terima kasih..” – Abang Viva

Wira banjir yang tular di media sosial, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ mengakui tidak mahu dijulang berlebih-lebihan serta menolak sebarang pemberian sumbangan berunsur pemasaran.

Menurut laporan Utusan Online, lelaki berusia 29 tahun itu hanya berbesar hati sekiranya menerima sumbangan daripada pihak yang ikhlas tanpa meletakkan sebarang syarat.

“Kalau nak bagi ikhlas, insya-Allah saya akan terima. Jika nak bagi untuk mempromosikan sesuatu barangan memang saya tak nak.
“Saya menolong mangsa banjir di Puchong dan Shah Alam, Selangor serta Temerloh, Pahang bukan minta simpati atau menagih kereta baharu atau sebagainya. Saya buat ini adalah ikhlas kerana ingin menolong mereka dalam kesusahan.
“Saya juga tidak mahu dijulang berlebih-lebihan, cukuplah mangsa banjir mengucapkan terima kasih itu sudah memadai.
“Saya cukup selesa dengan kehidupan sekarang serta kereta Perodua Viva yang saya miliki,” katanya menerusi laporan eksklusif tersebut.

Selain itu, Azwan memaklumkan dia dihubungi pihak Perodua ketika berada di Shah Alam namun tiada sebarang perbincangan diadakan selain daripada seorang usahawan yang berhasrat untuk menghadiahkannya sebuah kereta.

“Saya belum buat sebarang kata putus sewaktu mereka menghubungi kerana ketika itu saya sedang membantu mangsa banjir. Tengoklah dalam beberapa hari ini jika mereka menghubungi semula saya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah anak bongsu daripada empat beradik itu menjadi perhatian apabila membawa sebuat bot dengan menggunakan kereta Perodua Viva dari Melaka untuk menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

Mengikut perancangan asal, Azwan ke Puchong untuk membantu kakaknya namun nekad menghulurkan pertolongan kepada mangsa lain tanpa mengharapkan sebarang populariti.

Sumber: Utusan Online (Amran Mulup) , Facebook Melaka Hari Ini, Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *