Viral

[Video] “Lepas 37 Tahun…” – Rosyam Nor Buat Reunion Bersama Barisan Pelakon G1la-G1la Remaja

Aktor hebat Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian ramai apabila mengadakan sesi perjumpaan semula bersama pelakon-pelakon filem popular lakonannya pada tahun 1986, G1la-G1la Remaja.

Menerusi laman sosial Instagram, Rosyam memuat naik sebuah video sewaktu pertemuan semula bersama pelakon-pelakon filem tersebut untuk tatapan umum.

“G1la-G1la Remaja selepas 37 tahun. Gembira dapat jumpa semua,” tulis Rosyam di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi hampir satu minit itu, Rosyam memperkenalkan barisan pelakon asal filem popular remaja tersebut antaranya Faizal Ahmad, Amy Alias, Feezy Alhady, Hamid Ali, Nik Marini serta hero pujaan ramai, Faizal Hussein.

Sementara itu di ruangan komen, perjumpaan semula itu ternyata mengimbau memori wargamaya yang membesar dengan menonton filem tersebut.

Tidak terkecuali ada yang mahu melihat G1la-G1la Remaja versi 2022 dilakonkan semula oleh pelakon-pelakon yang sama. “Lepas 37 tahun berkumpul, memang banyak benda cerita,” komen seorang wargamaya.

“Datuk, alang-alang dah bertemu tu apa lagi, buat la g1la-g1la remaja 2022,” cadang seorang wargamaya. “Wow meremang bulu roma saya datuk.

Dan rasa sayu pun ada. Filem idola ni,” ujar seorang wargamaya. “Tak cukup korum. Suziana, Chin dengan Farouk je yang takde.

Apa pun, reunion yang sangat bermakna. Mengimbau kenangan dulu. Semoga semuanya sihat selalu. G1la-G1la Remaja Best!” luah seorang wargamaya.

Komen Netizen:

“Bestnya! Saya membesar dengan cerita ni. Hehehe g1lalah boleh hafal semua dialog dalam tu,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 120,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sumber :gempak.com/Koleksiviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *