Viral

Selangor batal sambutan tahun baharu, ganti tahlil, doa, zikir munajat – Amirudin

Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan untuk membatalkan Sambutan Ambang Tahun Baru yang telah dirancang pada Oktober lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sambutan itu akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat di seluruh masjid di Selangor.

Menurutnya, pembatalan program itu adalah sebagai tanda bersimpati dengan insiden banjir di Selangor yang setakat ini sudah mengorbankan 25 nyawa.Bencana Banjir | 48 mangsa korban, 5 masih hilang

“Perkara ini akan dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagi surau-surau dan musala, juga tempat sembahyang di seluruh negeri digalakkan untuk menyertai aktiviti ini dan boleh disusun mengikut kesesuaian.

“Bagi pihak individu, peribadi atau syarikat-syarikat, kumpulan-kumpulan, kerajaan negeri juga menasihatkan mereka untuk membatalkan program perayaan tahun baharu ini.“Ini sebagai menghormati dan tanda kita bersimpati dengan kejadian banjir yang telah melanda sejak 18 Disember lepas,” katanya pada sidang media khas pada Isnin.

Tambah beliau, sehingga 27 Disember 2021, sebanyak 25 kes kematian direkodkan di Selangor dan jumlah itu dilihat tidak meningkat, kali terakhir jumlah bertambah adalah pada 25 Disember lepas.

“Hari ini dan semalam, tiada kes baharu yang dilaporkan.“Insya-Allah mulai esok, kita akan mengenal pasti keluarga-keluarga yang telah kehilangan nyawa ini untuk kita sampaikan sumbangan RM10,000 seperti mana yang telah saya umumkan pada 23 Disember lalu,” ujarnya.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

Sumber:Astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *