Viral

Nlat KeLaut Untk Mncari Rzeki Tapi ApaYang Dijmpai NlayanIni Sngguh Mngejutkan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu. Rezeki terpijak bak kata orang jarang-jarang berlaku itulah yang boleh mengubah nasib hidup seseorang yang daripada hidup m.iskin hinggalah berharta.

Bercakap mengenai tuah, tiada siapa pun tahu nasib mereka pada masa akan datang. Begitu juga dengan sebuah keluarga nelayan di Thailand yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Betapa bergelutnya mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup pada era p.andemik, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Namun, pada suatu hari yang tidak disangka-sangka, hidup mereka berubah sekelip mata.

Menurut laporan aunews, sebuah keluarga nelayan di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand bagaikan menang loteri apabila mereka tanpa sengaja menemui mutiara unik yang dianggarkan bernilai j.utaan ringgit.

Ceritanya bermula apabila Hatchai Niyomdecha, 37, melihat cengkerang pelik yang tersangkut pada pelampung h.anyut ketika mencari hasil laut di kawasan persisiran pantai wilayah itu bersama adiknya, Worachat Niyomdecha, 35, pada 27 Januari lalu.

Pemuda itu dikatakan menemui tiga cengkerang tersebut dan membawa pulang tanpa mengesyaki apa-apa. Dalam benaknya, hasil laut yang berjaya diperoleh untuk hidangan anak bini dan keluarga mereka sudah memadai dan cukup menggembirakan.

Kemudian, adik beradiknya itu menyerahkan semua hasil laut termasuk tiram tadi kepada bapanya, Bangmad Niyomdecha, 60, untuk dibersihkan sebelum dimasak, sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Apa yang mengejutkan, apabila Bangmad membuka cengkerang ketiga, warga emas itu terkejut apabila menemui mutiara berwarna oren yang dikenali dengan nama mutiara Melo pada saiz cukup besar.

Warga emas itu lantas memanggil isteri dan anak-anaknya untuk melihat mutiara unik seberat 7.68 gram itu sebelum memeriksa nilai pasaran pada keesokan harinya.

Berita mengenai penemuan mutiara berharga itu tersebar luas di kawasan kejiranan mereka dan ramai mengatakan bahawa mutiara yang sangat mahal itu terbentuk daripada siput gergasi yang dinamakan Melo Melo.

Apa yang lebih mengujakan, warga emas itu mengakui dirinya pernah bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang tidak dikenali, lengkap berpakaian serba putih dan berjanggut panjang.

Bangmad antara lain memberitahu, lelaki tua dalam mimpinya itu telah memintanya datang ke pantai untuk mendapatkan hadiah.

“Saya fikir barangkali lelaki itu memberi panduan untuk saya ke sana dan mencari hadiah tersebut. Saya mahu menjualnya pada harga paling tinggi. Duit yang dapat nanti bukan sahaja dapat ubah nasib hidup keluarga bahkan ubah takdir,” katanya.

Nelayan tersebut percaya lelaki tua yang muncul dalam mimpinya mungkin d.ewa yang mahu menolongnya untuk keluar daripada kepompong kem.iskinan kerana nilai mutiara itu dianggarkan lebih AS 437,000 atau RM 1,774,875.50.

Perihal mutiara itu sudah tular sehinggakan ada ahli perniagaan mahu membelinya pada harga RM174,644.50 . Pun begitu, keluarga itu menolak.

Datang pula seorang pengumpul barangan mewah yang cuba menaikkan tawaran harga kepada RM 885,407.00 namun keluarga itu masih percaya boleh mendapatkan nilai yang lebih tinggi.

Terkini, dilaporkan seorang pembeli dari China yang menawarkan harga pada RM 1,774,875.50 seperti yang diinginkan, tetapi mahu melihatnya sendiri sama ada tulen ataupun tidak.

Pembeli tersebut dilaporkan akan datang ke Thailand pada minggu ini, tetapi perlu berdepan dengan perintah dua minggu k.uarantin dan mematuhi beberapa peraturan sebelum boleh ke rumah keluarga nelayan tersebut.

Tumpang gembira juga bila dengar berita baik seperti itu. Harap-harap urusan jual beli berjalan dengan baik dan keluarga itu dapat hidup dengan lebih selesa seperti diinginkan.

Barangkali ramai tidak tahu apa itu mutiara Melo. Menurut perkongsian artikel di pearlwise, mutiara Melo mempunyai keunikan tersendiri selain bersaiz jumbo. Di Myanmar, rakyat di sana memanggil cengkerang siput Melo sebagai cengkerang kelapa kerana bentuknya seperti kelapa.

Apa yang membuatkan mutiara Melo sangat berharga?. Selain jarang-jarang ditemui, mutiara semula jadi itu memiliki warna yang sangat unik dan bersinar. Berdoakan semoga kita pun dapat rezeki terpijak dan tidak dijangka seperti keluarga berkenaan.

Kredit : SP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.