Viral

Bersalin Dalam Banjir, Jiran2 Sanggup Redah Air Paras Leher Selamatkan Bayi & Ibu

Negara kita sekarang sedang mengalami fasa sukar dan berduka apabila beberapa buah negeri di Malaysia ‘ditenggelamkan’ oleh musibah banjir.

Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.
Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.

Namun lain pula dengan kisah kali ini dimana seorang wanita terpaksa melahirkan anak dalam keadaan yang serba kekurangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian YOY.MY, satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @tutynooamalina tular di mana kelihatan mereka sedang membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.

Dalam masa yang sama, Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

“Kami cuba bantu sesama sendiri kerna air banjir dah terlalu tinggi dan ini adalah operasi menyelamat baby dan ibu yg baru melahirkan”

Dapat kita dengar suara wanita yang sayup meminta tolong dan suara bayi yang sedang menangis. Syukur wanita tersebut bagaimanapun selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 311.2K tontonan, 15.2K tanda suka, 703 komen dan 876 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen bersimpati dengan apa yang terjadi kepada wanita ini kerana bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Ada dengar juga ibu bersalinn masa banjir… Allahu semoga ibu dan baby selamat..”

Allahuakbar, semoga diberi ketabahan

Bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup.

Sumber: TikTok @tutynooramalaina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *