Viral

Adik Shila Amzah Minta Sukarelawan Bantu Cuci Rumah, Netizen Jadi ‘Bitter’ – ‘Baik Tolong Orang Susah Kat Kampung Daripada Artis Kaya’

Banjir besar yang melanda beberapa buah negeri pada minggu lalu masih belum berakhir. Biarpun ada sesetengah tempat sudah surut namun masih ada tugasan besar yang perlu dilakukan iaitu mencuci lumpur.

Antara selebriti yang terjejas disebabkan bencana alam adalah penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah. Difahamkan, kediaman keluarga ini terletak di Hulu Langat, Selangor.

Masih banyak perlu kemas

Menerusi ciapan di Twitter, Syada, memohon pertolongan daripada wargamaya yang berkelapangan untuk datang membantu secara sukarela di rumahnya.

Kata Syada, 23, dia dan keluarga memerlukan tenaga kerja tambahan kerana masih banyak barangan yang perlu dikemas.

Bagaimanapun, ciapan itu telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir netizen. Ada seorang pengguna yang menggunakan nama @laknatisrael berpendapat agar mengutamakan orang yang lebih memerlukan seperti penduduk kampung.

Katanya, Syada dan keluarga berkemampuan untuk membayar individu bagi menolong mereka.

Baik tolong orang susah kat kampung

Selain itu, pengguna yang menggunakan nama @miss7460 menyifatkan keluarga Syada berupaya untuk menguruskan semuanya tanpa melibatkan orang luar.

Namun, ada juga wargamaya yang tidak bersetuju kerana di waktu kritikal ini tidak perlu wujud pemilihan taraf atau status untuk membantu.

Dalam pada itu, pemilik nama Nursyuhada Amir Amzah tidak mendiamkan diri lantas memberi penjelasan. Katanya, dia bukan sengaja bersikap mengada tetapi sudah tidak menang tangan selepas empat hari berusaha sendiri.

Sumber: Twitter @SyadaAmzahh, koleksiviral/ohbulan.com/

 

Kemelut Shila: Dah Berpisah, Banjir Pula!

Shila Amzah telah mengumumkan di Instagramnya bahawa rumah ibu bapanya di Hulu Langat telah dinaiki air akibat banjir. Beliau telah memuat naik berapa gambar rumahnya dan menyatakan bahawa keluarganya kini berada di rumah makciknya. Beliau kelihatan agak tertekan namun bersyukir kerana semua ahli keluarganya selamat.

Apa yang mengejutkan juga adalah Shila juga menyatakan di dalam post tersebut bahawa beliau dalam proses perceraian dari suaminya dan sudah dua bulan tinggal berasingan.

“Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni.Tetapi apabila sudah sampai kepada ini, Sha tidak boleh bertenang lagi kerana Sha cuba sedaya upaya untuk bertahan juga sambil cuba untuk tidak menyinggung perasaan dan memfitnah sesiapa,”

Penyanyi-penulis lagu ini bijak merahsiakan kehidupan peribadinya. Tanpa disedari ramai, perkahwinannya telah berantakan dan dia berusaha sedaya upaya untuk menguruskannya, walaupun jadualnya padat. Dia mengejutkan peminat apabila mendedahkan bahawa dia dalam proses memfailkan perceraian dengan bakal bekas suaminya, Haris Idraki Elias. Malah pendedahan itu tidak dilakukan secara glamor, sebaliknya diselitkan dalam kapsyen Instagram miliknya yang bertujuan memberitahu orang ramai bahawa keluarganya terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.

Kenyataan itu mengejutkan netizen kerana hampir tidak pernah ada gosip mengenai pasangan itu. Bukan sahaja orang ramai terkejut dengan berita perceraian, peminat juga tidak tahu bahawa mereka tidak lagi tinggal di bawah bumbung yang sama.

Dia menyebut bahawa dia berharap dia boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya supaya ibu bapanya berlindung di sana daripada ribut dan banjir, tetapi kehadiran Haris di situ akan menimbulkan suasana tidak selesa. Shila baru sahaja selesai membuat penggambaran Masterclassnya dengan 5 penyanyi tempatan, yang kini disiarkan di platform 8TV.

Sumber:mydunia


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.