Viral

“Bagi betis nak Peha pula…” Netlzen terkedu tengok warga asing angkut barang dalam pasaraya

Dibagi betis nak peha pula. Itulah antara perumpamaan yang memenuhi ruangan komen video yang dikongsikan oleh Anuar Bashah di laman Facebook.

Warga asing lupa diri?
Menerusi video berdurasi 37 saat itu, kelihatan ramai warga asing memenuhi pasaraya Mydin untuk mendapatkan bekalan makanan selepas beberapa hari terputus sumber akibatBanjlr.

Barang eletrik pun diangkut
Namun, tlndakan mereka kurang disenangi segelintir individu apabila mereka seperti mengambil kesempatan selepas pemilik premis itu mengeluarkan kenyataan rasmi membenarkan mngsa terjejas mendapatkan bekalan di dalam pasaraya tersebut.

Walaubagaimanapun, hasil ‘menoreh’ beberapa minit lain pula yang dibawa keluar oleh mereka apabila barang elektrik juga turut diangkut bersama.

“Bukan terdesak dah ni”
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya menganggap tlndakan mereka itu sudah melampaui batas kerana sewenang-wenangnya berbuat demikian.

“Ni lebih Dahsyatt..”

“Elok tenggelam ni”

Sumber : Redaksi

 

 

Pecah kedai serbaneka: Polis tahan 31 warga asing

Polis Selangor mengesahkan seramai 31 orang ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di Shah Alam.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan mangsa banjir di kawasan tersebut telah memecah masuk ke pasar raya berhampiran kerana ramai antara mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan.

Bagaiamanpun, Pengarah Urusan Mydin Holdings (M) Bhd, Ameer Ali Mydin, kemudian tampil menjelaskan bahawa dia menerima kejadian itu malah menghalalkan barangan yang diambil orang ramai demi kelangsungan hidup mereka.

Memberi maklum balas susulan insiden Mydin Mart dipecah masuk itu, Ameer berkata, sejujurnya dia tidak menyokong perbuatan mencuri sedemikian.

“Namun dalam keadaan darurat, mereka mungkin tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” kata Ameer.

Sumber:malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.