Viral

Selepas NADMA Dikritik Gagal Bertindak Isu Banjir Ini Tindakan PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengetuai usaha mendepani bencana banjir berkuat kuasa serta-merta, susulan kritikan terhadap kekurangan respons daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Selepas NADMA Dikritik Gagal Bertindak Isu Banjir, Ini Tindakan PM.

Katanya, MKN akan mengeluarkan arahan kepada semua pihak berkaitan berhubung tindakan yang perlu diambil segera.

“NADMA akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan, dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas penyelarasan bencana negara.

Pengumuman Ismail itu menyusul kritikan terhadap NADMA. Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan mendesak kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad yang mengetuai NADMA kerana gagal menguruskan banjir besar di lima negeri.

Minggu lalu, Latiff di Dewan Rakyat berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan bencana alam seperti banjir di peringkat negeri, sebaliknya ia hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.

Sementara itu, Ismail berkata, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersetuju menyumbang RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani dan pemulihan pasca banjir.

Katanya, sumbangan itu meningkat lebih 100% berbanding RM25 juta yang diumumkan pada Ahad.

“GLIC dan GLC yang menyumbang ini termasuklah Petronas; Yayasan Petronas; Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah; Yayasan Sime Darby; CIMB; Celcom; Telekom Malaysia; Yayasan UEM; dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).”

Bagi membantu usahawan terjejas akibat banjir, katanya, mesyuarat itu juga memutuskan pembiayaan kewangan tanpa faedah diberikan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), dengan tempoh bayaran bermula hanya selepas enam bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani.

Beliai berkata, kerajaan turut bersetuju memberi pengecualian sewa dua bulan kepada penyewa Kompleks Premis Usahawan milik SME Bank yang terjejas akibat banjir, manakala koperasi terjejas akan dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga RM30,000.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk aktiviti pemulihan pasca banjir bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur rosak, manakala Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi rumah terjejas akibat banjir, sama ada berpindah ke pusat pemindahan sementara atau tidak.

Sumber:  FMT

ATM Terus Turun Bantu Mangsa Muak Tunggu Arahan NADMA

ATM Terus Turun Bantu Mangsa, Muak Tunggu Arahan NADMA.

PETALING JAYA: Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat, membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.

Kerajaan negeri Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tentera, katanya.

“Sampai suatu tahap, di mana kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA.

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya.

ATM mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat.

Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memaklumkan menerusi Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi berhubung situasi di Klang.

Kata sumber itu lagi, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berasa “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan banjir berkuat kuasa serta-merta, berikutan tindak balas hambar daripada NADMA.

Sumber itu juga berkata, agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis berkenaan”, dengan mendakwa tiada seorang pun daripada NADMA atau kerajaan negeri memantau media sosial untuk mendapatkan mesej SOS daripada mangsa.

Katanya, pihak MINDEF “menjerit” kepada kakitangan NADMA, dan baru hari ini agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan.

“Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, ATM dan MINDEF memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambahnya.

Sepanjang hujung minggu lalu, hujan lebat yang turun di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu mulai Jumaat mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terpaksa berpindah.

Sumber: FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *