Uncategorized

Rumah pusaka tinggal tangga selepas dihanyutkan banjir

Seorang warga emas sempat menyelamatkan diri sebelum rumah pusaka yang didiaminya hanyut dalam kejadian banjir di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor, malam tadi.

Rumah pusaka yang dibina pada tahun 1969 peninggalan ibu bapa kepada lapan beradik itu menjadi tempat berteduh kakak sulung keluarga itu Rohana Mahfuz, 75.

Adiknya Rodiah, 56, berkata, kakaknya tinggal seorang diri dan ketika air mula naik di halaman rumah dia sempat membuat persiapan dengan mengalihkan barangan penting ke tempat lebih tinggi.

Menurutnya, menjelang tengah malam paras air semakin naik dengan mendadak dan penduduk kampung menasihati Rohana supaya segera berpindah ke tempat selamat.

Apabila air naik Kak Long (Rohana) alihkan kereta ke kawasan lebih tinggi sedikit, kemudian dia sempat pindahkan barang-barang rumah ke tempat lebih selamat.

 

“Kemudian Kak Long tengok paras air sudah mencecah di kawasan keretanya diparkir. Ketika mahu alihkan lagi kereta ada penduduk datang nasihatkan supaya terus berpindah kerana air naik dengan cepat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Bagaimanapun Rodiah berkata, mereka terkejut apabila dimaklumkan rumah pusaka itu dihanyutkan banjir.

“Hanya tangga sahaja yang tinggal. Barangan dalam rumah memang tak sempat diselamatkan termasuk dokumen penting seperti kad pengenalan.

“Apa pun kami adik-adik bersyukur kerana Kak Long selamat,” katanya.

Tambahnya lagi, sebelum ini rumah tersebut pernah mengalami kerosakan akibat banjir namun tidak pernah seteruk kejadian kali ini.

“Rumah kami ini memang selalu banjir, tapi tak teruk. Tak sangka kali ini dihanyutkan banjir.

“Di rumah inilah kami lapan beradik membesar. Sejak mak dan bapa meninggal, kak long tinggal di sini seorang diri,” kata Rodia

 

Jelasnya, kini mereka mula memikirkan untuk membina semula rumah tersebut sebelum menjelangnya hari raya Aidilfitri akan datan

 

“Sebab di rumah ini tempat kami adik-beradik selalu berkumpul terutamanya setiap kali sambutan Aidilfitri,” ujar Rodiah lag

 

Kejadian banjir di beberapa negeri semakin memburuk sejak semalam apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada lebih 21,000 orang tengah hari tad

 

Di Selangor setakat petang ini, sebanyak 6,242 mangsa ditempatkan di 80 PPS di daerah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langa

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga mengeluarkan amaran zon merah dan hujan lebat melibatkan lapan daerah di Selangor hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :malaysiakini
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.