Viral

Selepas Asyira Beritahu Dia Kerja Cuci Pinggan Tiba Tiba Dato Seri Vida Tampil Buat Kenyataan Ini

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berhasrat untuk membantu penyanyi Ashira yang kini terpaksa mengambil upah basuh pinggan di restoran, tambahan suaminya Bad Indigo sedang jatuh sakit.

Menurut DSV, beliau sedih dan bersimpati mendengar kabar itu lalu meminta orang ramai menyampaikan kepada pasangan berkenaan tentang niatnya untuk menolong.

“Saya sedih dan turut bersimpati atas perkhabaran ini, Insya-Allah saya nak tolong.

“Ada sesiapa boleh bagi contact Ashira atau Bad Indigo? Saya nak tolong Ashira supaya tak perlu basuh pinggan di kedai makan lagi.

“Tolong sampaikan niat dan keprihatinan saya,” kongsinya di Instagram.

KOMEN NETIZEN

Meninjau ruangan komen, netizen memberi reaksi berbeza, ada yang menyokong tindakan DSV, ada juga yang menyarankan agar DSV menyerahkan kerja itu kepada pembantu peribadi tanpa perlu menghebahkan di media sosial.

Sementara itu, Ashira yang juga bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) memaklumkan di Instagram Story bahawa pilihan untuk bekerja adalah dengan kerelaan dirinya sendiri, bukan disuruh oleh suami.

Katanya juga, dia tidak memerlukan bantuan dari sesiapa setakat ini kerana masih boleh berusaha sendiri.

Bagaimanapun menerusi pemerhatian Gempak, kenyataan itu ditulis Ashira sebelum DSV menyatakan hasratnya mahu membantu pasangan tersebut.

Terdahulu, Bad Indigo dilaporkan menjalani pembedahan membuang kelima jari kakinya akibat menghidap di4betes.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published.