Viral

Baru Hari Pertama Di UK Dah Termakan B4bii. Ada Yang Tanya Sedap Tak?

Ketibaan selebriti media sosial dan aktres, Norreen Iman ke London, United Kingdom disambut dengan insiden yang tidak diingini apabila beliau secara tidak sengaja telah menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau perut ba.bi.

Melalui beberapa posting yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Norreen mengakui beliau membeli sandwich tersebut kerana tidak mengetahui kandungan sandwich itu mengandungi unsur tidak halal.

Baru Hari Pertama Di UK Dah Termakan Babii. Ada Yang Tanya Sedap Tak? Ini Jawapan Noreen.

“Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan ba.bi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.

Kelihatan turut sama mengikuti Norreen ke London pelakon Janna Nick dan penyanyi Andi Bernadee.

Dalam pada itu, Norreen turut menyelar beberapa individu yang bertanya di ruangan DM di Instagram bagaimana rasa apabila termakan daging haiwan tersebut.

“Semalam termakan ba.bi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali-kali tahu tak.

Baru Hari Pertama Di UK Dah Termakan Babii. Ada Yang Tanya Sedap Tak? Ini Jawapan Noreen.

Malam tadi dah berus gigi beriya, hari ni kena buat benda yang sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa ba.bi tu sedap tak? Hello, aku bukannya nak makan sangat pun ba.bi tu. Aku rasa macam sakit hati.

“Duk semua DM, tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi ba.bi tau.

“Boleh pulak semalam tersangkut-sangkut kat gigi aku. Aku macam nak jumpa doktor gigi terus bersihkan gigi aku yang penuh dengan BLT, ba.bi lemak tepi. Inilah caranya mungkin nak samak sekiranya kau termakan ba.bi di London,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati Norreen supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang halal ketika berada di sana.

Ada juga yang memberi cadangan supaya membeli makanan di kedai arab.

Termakan coklat ‘babi’: Tak perlu samak mulut, kata Dr Asri

 
 

“Islam tidak dibela oleh orang-orang yang melampau, tapi dibela oleh orang orang yang faham” – Dr. Asri

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *