Viral

‘Founder’ kek buka cerita sebenar selepas dikcam hebat Samakan Tuhan dengan makhluk halus

Kecoh di media sosial mengenai seorang pengasas jenama kek popular didkwa menyebut kenyataan yang bercanggah dengan ilmu agama dan akidah Islam sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Menerusi satu posting seorang pemuda Hashim Kawsin di aplikasi TlkTok, dia memuat naik sedutan video pengasas tersebut dipercayai ketika ditemu bual secara siaran langsung di laman Facebook.

“Tuhan juga adalah benda tk nampak, Tuhan juga adalah benda yang halus. Sebab dia bukan fizikal. Sebab tu kenapa kena belajar ilmu ni banyak, kalau tk you tk boleh berhubung dengan Tuhan.

“Tuhan juga adalah makhluk halus, makhluk yang tk boleh dipegang. Tapi you boleh merasai. Dia tak boleh nampak atau pegang, tapi you boleh merasai,” kata pengasas berkenaan.

Berdasarkan posting itu, Hashim sekali gus memberikan teguran dan penjelasan lanjut berhubung kenyataan daripada pengasas terbabit yang didkwa menyamakan Tuhan dengan makhluk halus.

Menurut Hashim, ‘makhluq’ dalam bahasa Arab bermaksud “sesuatu yang dicipta” manakala Allah pula adalah ‘khaliq’ yang bermaksud “pencipta”. Justeru, menyamakan kedua-duanya adalah dilarang sama sekali.

“Minta maaf, saya bukan ustaz atau bukan orang yang pandai dalam bidang ini. Tapi sebagai orang awam yang cuba memperbetulkan ucapan pengasas itu.

“Ucapan itu perlu diperbetulkan sebab boleh menjadi kufur, kerana segala ucapan yang bertentangan dengan agama Islam dan akidah Islam walaupun remeh dan bergurau adalah dilarang,” katanya.

Selain itu, dia turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam percakapan terutama membabitkan akidah dan segera bertaubat sekiranya sedar telah melakukan kesilapan.

“Macam kita, manusia yang lemah memerlukan Allah SWT. Jin, makhluk halus dan sebagainya memerlukan Allah SWT. Sebab segala sesuatu di muka bumi ini hanya dengan izin Allah SWT.

“Hati-hatilah dalam ucapan kita. Bila kita sedar kita silap, perbaiki. Taubat terus, jangan sombong dan bongkak hanya kita punya kedudukan dan harta,” tegurnya.

Meninjau ke laman Facebook dan Twitter, rata-rata netlzen mengcam kenyataan pengasas tersebut selain meminta dia bertaubat sekiranya mempunyai niat untuk menyamakan Allah SWT dengan makhluk.

Bila banyak sangat masuk program motivasi

jgn sesekali samakan
 

Kalau dengan niat, dia perlu segera bertubat

Bagaimanapun, difahamkan pengasas berkenaan telah tampil memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya dan mengakui tersalah menggunakan perkataan bagi menggambarkan situasi tertentu.

Terima kasih atas teguran

sumber : omm/transformasi.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *