Viral

Netizen B3ngang ‘Abam Uniform’, Perlekeh Lelaki Yang Cuci Keretanya

Tindakan seorang anggota beruniform didakwa seolah-olah memperlekehkan seorang lelaki yang sedang mencuci kereta Perodua Axia miliknya mengundang rasa b3ngang dalam kalangan warganet.

Seorang pengguna laman Twitter @afis_alias berkongsi paparan skrin posting daripada anggota tersebut yang memuat naik satu foto keretanya di group Facebook My Axia Owners Club ( MAXOC ) (UNOFFICIAL).

Namun begitu, kaspyen didakwa ditulis anggota berkenaan yang dipercayai kakitangan di bawah Jabatan Penjara itu membuatkan warganet berasa kurang senang apabila membabitkan ‘banduan’.

Berikutan itu, @afis_alias mempersoalkan etika dan adab anggota terbabit yang dikatakan ‘membuta tuli’ apabila berkongsi sesuatu perkara di media sosial kerana tidak memikirkan imej uniform yang digayakan.

“Kadang-kadang aku tak faham yang kerja kerajaan ni. Bahasa diaorang. Hmm. Sedih tengok pakai baju punya smart. Tapi otak tak berapa,” tulis @afis_alias sehingga diulang kicau hampir 2,000 kali.

“Banduan boleh basuh (kereta), buat apa basuh (kereta) sendiri” – ‘Abam uniform’

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sekiranya tukang cuci itu merupakan seorang banduan ataupun anggota tersebut membuat gurauan tersirat yang turut kurang difahami oleh segelintir warganet.

Cuci kereta warden pun banduan buat ke?

Jika dilihat menerusi ruangan komen lain, rata-rata turut mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan anggota terbabit sebagai unit beruniform sekali gus didakwa memandang rendah terhadap orang lain.

Naikkan sikit syarat masuk badan beruniform

Bertahun dalam kuarters penjara, okey je sembang2 dengan banduan potong rumput

Kalau nak bergurau pun, fikir dulu!

Sombong kalah Ketua Polis…

Pegawai baru ni?

Namun, tiada penjelasan lanjut daripada anggota berkenaan berhubung dakwaan dilakukan oleh warga Twitter itu. Jadi, beringatlah sebelum kongsi sesuatu. Kalau terlambat, buruk padahnya!

Sumber: Twitter @afis_alias, Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *