Viral

Ebit Lew Dedah Sikap Ketua G4ngster di satu kawasan B4haya “Terkejut dengan layanan baik ketuanya

Pendakwah terkenal Ebit Lew diberi layanan mesra semasa menziarah dan membantu satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paulo, Brazil baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, dia terkejut dengan layanan baik yang diterimanya seolah-olah sudah lama kenal.

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ, terasa macam dah lama kenal.

“Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jelasnya, penduduk di situ hidup susah malah ada yang terpaksa duduk di dalam khemah.

“Mereka hidup susah, anak-anak tidak bersekolah, sebelum ini duduk di dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu, ketua penduduk di situ sangat mesra walau dilihat seperti mafia.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam m4fia, katanya 25 jam tuan terbang untuk bantu kami.

“Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut,” katanya.

Tambahnya, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

“Terima kasih kerana datang beri bantuan kepada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan.

“Semoga hidup mereka dipermudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” katanya.

 

Ebit kembali turun padang, santuni pemuda kudung

PETALING JAYA- Setelah beberapa minggu tiada di Malaysia berikutan mengerjakan ibadah umrah dan bercuti bersama keluarga, penceramah terkenal Ebit Lew kembali turun padang mengubat ‘duka lara’ rakyat.

Terbaru, Ebit kembali menjalankan tugas sebagai ‘hero’ kebajikan rakyat Malaysia apabila menyantuni seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas tidak mempunyai pekerjaan.

Menerusi hantaran terbaru Ebit di Instagram miliknya, dia berasa sedih dengan keadaan seorang pemuda bernama Hock Kian Siong yang tinggal di tepi jalan.

Katanya, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai tukang baik pulih penyejuk udara namun kehilangan tangan selepas alat elektrik itu meletup.

“Hidupnya semakin susah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkahwin dengan orang Indonesia dan mempunyai dua orang anak.

“Tadi abang Hock menangis rindukan isteri dan anak-anak, sejak PKP tak jumpa, dia orang Gombak dan memegang kad pengenalan warna biru,” katanya.

Jelas Ebit, lelaki itu melahirkan rasa syukur selepas selepas berjumpa kerana menyifatkan sudah lama untuk bertentang mata secara empat mata.

“Hari ini Allah kabulkan, sedih bila bab anak-anak, kami bawa ke penempatan, akan cari bilik untuknya, begitulah bahagian ujian hidup.

“Di saat saya rasa sedih berjauhan sekejap dengan keluarga, ada orang sudah bertahun tidak jumpa anak-anak, telefon anak-anak menangis rindu,” jelasnya.

Dalam hantaran itu, Ebit juga meminta orang ramai untuk terus mendoakan abang Hock agar terus dimudahkan urusannya.

Dalam pada itu, netizen terus melahirkan rasa terharu dengan hantaran berkenaan selain mendoakan agar pemuda itu terus kuat dan tabah.

“Kesiannya, semoga ada sinar baharu untuk keluarga ini, terima kasih Allah temukan Ustaz Ebit dengan Abang Hock,” kata Hana Marzuki.

“Bila rasa ‘down’ dan nampak hantaran ini terus rasa syukur, terima kasih Ustaz Ebit,” ujar Bit Jedey.

Sumber: – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.