Viral

Ras Adiba k3cam dua lelaki persenda OKU

Tindakan dua lelaki yang ‘berpakat’ untuk menggunakan parkir yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menarik perhatian Pengerusi Bernama, Rad Adiba Radzi hari ini.

Melalui media sosialnya senator itu menuntut kedua-dua lelaki terbabit memohon maaf kepada komuniti OKU di seluruh negara kerana mempermainkan golongan terbabit.

“Saya pohon kalian berdua meminta maaf kepada semua komuniti OKU di negara kita.

“Sudahlah kami susah… orang semua selalu memandang rendah terhadap kami dan menggunakan kemudahan yang disediakan khas untuk kami,” katanya dalam satu klip video pendek petang ini.

Bekas wartawan dan penyampai berita itu berkata sambil menyertakan hantaran tersebut dengan satu klip video TikTok memaparkan dua pemuda yang mengaku berkunjung ke pusat beli-belah Midvalley di Kuala Lumpur.

Seorang daripada mereka kemudian mengeluh kerana menghadapi kesukaran mendapatkan ruang parkir di situ.

Namun dia dan seorang kawannya menunjukkan cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu dengan berpura-pura menjadi OKU.

Menyusul selepas itu ialah aksi seorang pemuda yang berlakon dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna, diikuti dengan ketawa perakam video tersebut.

“Lepas ni kalau aku naik KL, aku tau dah,” katanya sambil menyebut nama kawannya untuk memudahkan mendapat parkir.

Kata Ras Adiba, semua orang akan menjadi OKU pada suatu hari nanti.

“Jangan sekali-kali mempermain dan mempersenda kami. Sila pohon maaf kepada komuniti OKU,” katanya.

Ras Adiba yang juga pengasas bersama NGO OKU Sentral turut menanda Polis Diraja Malaysia dalam hantaran tersebut.

“Ini kurang ajar namanya. Pohon minta maaf pada komuniti OKU!” tulisnya.

Sumber:malaysiakini.

 

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Tindakan seorang lelaki berkongsi video berhubung cara bagi mendapatkan tempat meletak kereta yang penuh di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur mengundang kecaman warganet di media sosial.

Seorang pengguna laman Twitter, @pedoqpop memuat naik semula video tersebut dari aplikasi TikTok memaparkan lelaki tersebut mengadu sukar bagi mendapatkan ‘parking’ akibat ramai pengunjung.

Namun begitu, dia mengikut cadangan rakannya dimana salah seorang daripada mereka telah berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) sekali gus berjaya meletakkan kenderaan di petak khas.

“Aku ada kat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Pastu Ajim cakap kalau nak parking, kena buat satu cara. Betul-betul dapat parking.
“Tapi cara dia pelik sikit la, kau tengok ni. Betul-betul dia jadi cacat. Ni kalau kantoi dengan pengawal keselamatan, memang mati. Tapi kau tengok kereta hitam aku tu, dapat parking! Terima kasih Ajim,” katanya.

Video berdurasi 38 saat tersebut memaparkan rakannya itu terpaksa berlakon menjadi OKU di tempat ‘parking’ sebelum memasuki ke dalam pusat beli belah berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, posting diulang kicau sebanyak 243 kali itu menerima pelbagai reaksi netizen menyifatkan tindakan lelaki berkenaan mengambil kesempatan ke atas golongan OKU.

Menurut warganet, kemudahan disediakan telah ‘dicaras’ oleh individu tidak bertanggungjawab apatah lagi tempat meletak kereta bagi golongan istimewa adalah terhad di tempat awam.

Dah la parking OKU, berlakon cacat pula!

Ada lagi makhluk macam ni

Kemudahan untuk orang OKU dah la terhad

Sebab orang macam ni la aku malas nak keluar

Berdasarkan satu lagi video dikongsi oleh salah seorang daripada mereka, difahamkan rakannya itu bukanlah golongan OKU meskipun ramai yang mengatakan aksi tersebut dilihat seperti ‘real’.

“Dia suka buat hal kat tempat awam”

“Ajim memang perform”

Sumber: Twitter @pedoqpop , TikTok @alffrzl, Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: