Viral

Lelaki Buat Hal Merajuk Tak Dapat Beli Mainan, “Kau Memang Rare…”

Memang ada kalanya kita tidak dapat menahan diri dari membeli barangan yang mungkin tidak diperlukan semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli belah. Sama juga macam situasi yang dikongsikan ini apabila lelaki ini sampaikan merajuk ketika dia tidak dapat membeli mainan yang diidamkan.

Bukan sahaja merajuk malah lelaki itu juga siap terbaring di lantai pusat membeli belah ini sama seperti kanak-kanak yang merajuk. Video tersebut juga tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang dilihat sedang terbaring di lantai semasa mereka sedang sibuk membeli barang. Turut kelihatan, sebuah kotak mainan yang dipegang oleh lelaki itu semasa dirakamkan.

Menurut pemilik video, lelaki itu mahu membeli mainan tersebut namun tiada sesiapa yang mahu melayan kerenahnya itu. Oleh itu, lelaki itu kemudian mula membuat hal dengan merajuk dan terbaring di situ untuk menarik perhatiannya.

lelaki terbaring

Lebih melucukan, lelaki itu juga kemudian beberapa kali memandang kotak mainan yang dipegangnya itu sama seperti gelagat seorang kanak-kanak. Melihatkan situasi yang dialaminya ini, ramai juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dengan pasangan mereka.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah melihat cubaan lelaki itu membuat hal semata-mata untuk membeli mainan. Malah ada yang terhibur melihatkan gayanya yang terbaring di situ yang tentunya menarik perhatian orang lain.

“Mangsa dilanggar troli menggelupur kesakitan.”

mainan

“Kau memang rare lah bang.”

lelaki

“Kesimpulannya kalau nak beli mainan, jangan kahwin dulu.”

komen

“Confirm cctv kat situ tonton jugak.”

tik tok

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *