Viral

Netizen Geli Hati Pencvri Rupanya Salah Rembat Paket Milo Berisi Pasir

Jika anda lalu di hadapan gerai-gerai yang menjual ais kepal Milo, pasti anda akan terperasan peniaga itu ada meletakkan beberapa paket Milo bersaiz besar dihadapannya. Namun, kita tidak pernah melihat peniaga tersebut ambil paket Milo tersebut untuk digunakan semasa membuat ais kepal buat pelanggan.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu kejadian di mana empat daripada 6 paket Milo yang diletakkan di hadapan gerai telah dicuri. Tetapi apa yang menggelikan hati pemilik kedai tersebut apabila kesemua paket Milo yang diletakkan di hadapan gerainya itu cumalah berisi pasir, bukan Milo sebenar.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK TPG SILVER STATE

“Tadi saya pergi beli ais sekejap, tinggal gerai lebih kurang 7 minit. Bila balik semula ke gerai,  tengok paket Milo untuk display sudah hilang 4. Aduh pencuri, dalam itu bukan ada Milo oi! Cuma ada pasir sahaja untuk bagi berat,” itulah caption yang dikongsikan pada hantaran asal.

Rata-rata orang ramai turut sama berasa geli hati dan terhibur kerana pencuri tersebut ‘terkena’ apabila bukan dapat bawa pulang ‘habuan besar’ Milo berpaket-paket, sebaliknya hanyalah pasir sahaja.

Tambah orang ramai lagi, pencuri itu ‘agak baik’ dan masih ada sifat empati kerana meninggalkan 2 paket Milokepada peniaga untuk meneruskan perniagaan pada hari tersebut.

Pada masa yang sama, ada juga yang mempertikaikan bagaimana paket Milo tersebut hanyalah untuk display dan berisi pasir? Menurut beberapa pengguna Facebook yang lain, paket itu boleh dibuka dari bahagian atas atau bawah untuk mengeluarkan serbuk Milo tersebut.

Kemudian pasir dimasukkan ke dalam paket bagi menggantikan serbuk Milotersebut dan paket tersebut ditutup semula dengan kemas menggunakan alat sealer yang mempunyai pelbagai saiz dan jenis ada dijual pada platform Shopee.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK TPG SILVER STATE

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK TPG SILVER STATE

Nampaknya kejadian curi paket Milo ini telah menjawab persoalan agak sekian lama terfikir oleh orang ramai, sama ada ianya berisi serbuk Milo sebenar atau pun sebaliknya.

Semoga pencuri paket Milo tersebut mengambil iktibar agar tidak lagi membuat perkara yang sama pada masa hadapan.

Sumber:thevocket.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.