Viral

“Saya Ditngkap Dan Dipenj4rakan Di Lsrael, Saya Orang Pertama Akan Menentang- Faizal Azumu

Tiada diskrminas1 dilakukan Malaysia terhadap atlet Israel berhubung isu penolakan pemberian visa kepada pemain skuasy negara itu bagi menyertai Kejohanan Berpasukan Dunia Lelaki yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur, Disember ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sememangnya tidak membenarkan kemasukan atlet dari negara berkenaan.

Menurutnya, semua negara mengetahui Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan tidak akan benarkan mereka untuk ambil apa-apa bahagian di negara ini.

“Apabila kita anjurkan kejohanan sukan antarabangsa, JIM tidak akan benarkan atlet mereka masuk. Apabila persekutuan sukan antarabangsa meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah kepada kejohanan itu, mereka sepatutnya maklum yang kita tidak benarkan atlet dari Israel ambil bahagian di sini.

“Saya fikir amat malang sekali jika kita dituduh untuk bertindak diskriminasi dan sebagainya, tetapi sebenarnya kalau (melihat) politik dunia, Israel mendiskriminasi rakyat Palestin dan juga mendominasi dunia secara proksi, itu yang patut kita tentang habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Nilai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Ramona Mohd Razali dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Berikutan tindakan tegas Malaysia menolak memberikan visa kepada pemain skuasy Israel, dilaporkan Persatuan Skuasy Israel merancang untuk membuat aduan kepada Mahkmah Sukan di Switzerland jika Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) tidak dapat menyelesaikan isu itu.

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia bagi lelaki itu dijangka berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 hingga 12 Disember dengan penyertaan 26 regu.

Sementara itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau akan menjadi individu pertama menntang sekiranya ada atlet Israel yang memasuki negara ini.

“Saya pernah ditahan pihak berkuasa Israel ketika melaksanakan Misi Kemanusiaan Freedom Flotilla pada 2010.

“Saya ditangkap dan dipenjarakan dalam penjara Isreal. Kalau mahu benarkan atlet daripada Israel jejak kaki di sini, saya fikir, saya orang pertama yang akan menntang,” katanya.

Tiada komprom1 dengan 1srael

Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan kemasukan atlet dari Israel dalam apa jua kejuaraan atau pertandingan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hingga kini Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Ahmad Faizal menjawab persoalan itu selepas Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki 2021 dijadual pada 7 hingga 11 Disember ini dibatalkan oleh Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).

WSF dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat kerana kemungkinan beberapa negara, dilaporkan Israel, tidak dapat bertanding disebabkan tidak dapat pengesahan visa dan kebenaran perjalanan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana badan induk sukan itu percaya kepada kejohanan yang terbuka dan inklusif.

Beliau yang ditemui ketika merasmikan Kompleks Majlis Sukan Negara di Nilai berkata, setiap penganjuran kejohanan antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia, Jabatan Imigresen tidak akan membenarkan kemasukan atlet dari Israel.

“Satu dunia tahu bahawa kita memang tak ada hubungan diplomatik dengan Israel dan kita tidak akan membenarkan mereka untuk menyertai dalam apa juga pertandingan di negara ini.

“Kita tidak melakukan sebarang diskrminas1 atau menolak pemberian visa kepada pemain skuad dari negara itu. Cuma apabila kita menganjurkan sukan antarabangsa, pihak Jabatan Imigresen yang tidak membenarkan atlet mereka untuk masuk,” katanya hari ini.

Katanya, penganjur sepatutnya sudah tahu mengenai pendirian Malaysia berhubung isu itu yang mana Malaysia tetap berpendirian teguh untuk tidak membenarkan atlet Israel mengambil bahagian.

Sumber: Metr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *