Viral

Pelancong mengadu harga roti canai mahal. Tapi lokasi kedai tu memang buat ramai bengang

Pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai di Langkawi baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, selepas kejadian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000, kini pihaknya menerima pula aduan roti canai mahal di pulau tersebut.

RUPANYA GERAI TERLETAK TEPI JALAN TAPI JUAL HARGA KALAH BISTRO

Persatuan Pengguna Kedah terima aduan roti canai dijual RM4 sekeping di Langkawi

Kata beliau, pengadu mendakwa gerai roti canai yang terletak ditepi jalan itu mengenakan caj RM4 bagi sekeping roti canai biasa.

“Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.

“Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff

“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” katanya.

Tambahnya, sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri ini.

“Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan,” ujarnya.

Reaksi Dari KPDNHEP

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pihaknya belum menerima aduan berkaitan kenaikan harga sekeping roti canai dijual pada harga RM 4.

Bagaimanapun pihak KPDNHEP telah menggerakkan pegawai dan anggota penguatkuasa menerusi Op Menu bagi melakukan pemeriksaan di restoran dan kedai makan di seluruh negeri.

“Operasi ini dijalankan bermula 6 November lalu tertumpu kepada aduan orang awam berlakunya kenaikan harga makanan.

“Menerusi pemeriksaan ini KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap harga makanan dan minuman serta alat penimbang di restoran yang menjual makanan laut,” ujar Mohd Shahran.

Sumber : Utusan Online

 

Kailan ikan masin mahal: Pemilik restoran tampil beri penjelasan

KEPALA BATAS – Pemilik restoran Anjung Ikan Bakar Nory, di sini tampil menjelaskan isu sayur kailan ikan masin yang dikatakan dijual dengan harga tidak setara dengan kuantiti.

Menerusi laman Facebook restoran berkenaan, insiden berkenaan mungkin berlaku akibat salah faham yang tidak disengajakan daripada pihak restoran sewaktu menyediakan hidangan pelanggan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, pihak restoran memaklumkan harga masakan kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restoran.

Mungkin ada kesilapan yang tak disengajakan daripada pihak kami. Harap perkara itu tidak berlaku lagi.

Kesilapan kami, mungkin juruwang kami tersilap memasukkan harga pesanan hidangan bersaiz besar (L) ataupun mungkin pesanan dibuat bersaiz besar tetapi pekerja bahagian dapur telah menyediakan hidangan tersebut bersaiz kecil (berdasarkan gambar yang tular), tulisnya.

Sementara itu, pemilik restoran terbabit berkata, pelanggan yang berdepan dengan isu tersebut sepatutnya tampil bertemu dengan mereka secara terus dan tidak memuat naik di laman media sosial sehingga menjadi tular.

Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukannya ditularkan (di media sosial), kata kenyataan itu.

Pada Ahad tular di media sosial harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin dijual pada harga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas, di sini.

Perkongsian itu dibuat seorang pelanggan di media sosialnya yang mendakwa harga masakan bagi seorang makan yang dibelinya itu terlalu mahal.

Pelanggan berkenaan memuat naik gambar sayur kailan ikan masin yang dibeli berserta resit pembayaran yang memaparkan harga RM18 bagi sebungkus sayur tersebut.

Perkongsian pelanggan terbabit mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial yang rata-rata mendakwa harga tersebut mahal.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.

Dalam kenyataan pada Isnin, KPDNHEP Pulau Pinang dilaporkan berkata, peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Berikutan itu penguat kuasa kami telah pun ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu semalam (Ahad) dan mengeluarkan satu notis NPMB kepada peniaga restoran berkenaan dan (mereka) perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari kepada KPDNHEP Pulau Pinang, menurut kenyataan itu.

Sumber:Sinarharian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.