Kelonggaran untuk melakukan aktiviti berkumpulan dan merentas negeri memberi peluang kepada sesetengah kelab kereta di Malaysia untuk berkonvoi setelah sekian lama terbantut. Namun, tidak ramai yang bersetuju dengan cara konvoi yang dilaksanakan, apatah lagi jika melibatkan ‘lane hogging’ di lorong paling kanan.
Tegvran tersebut telah dilontarkan oleh pengguna twitter Nidaasifa, beserta rakaman yang memaparkan beberapa buah Perodua Aruz yang memandu lebih perlahan di lorong kanan serta tidak membenarkan kenderaan lain untuk memotong.
Siapa dekat sini bapak dia ke adik beradik dia ke ada dalam persatuan kereta Aruz eh? Tlg pesan kalau nk convoi dekat highway jgn jd bodoh duduk lane kanan ramai ramai pstu boleh drive mcm siput babi buat jalan ni mcm bapak kau punya. Punca jam pepagi buta. Bodoh ke bodoh? pic.twitter.com/7tunXRpwDL
— Nida Asifa (@nidaasifa) November 26, 2021
Walaubagaimanapun, seorang pengguna twitter lain, Eyzam Tarmizi telah tampil menjelaskan bahawa aktiviti konvoi berkenaan telah dibenarkan oleh pihak berkuasa serta mengikut arahan kenderaan ‘escort’.
Ketika kejadian, kumpulan Perodua Aruz sekitar 10 buah kenderaan sedang memintas trelar dengan selamat dan bukannya untuk duduk di lorong paling kanan secara sengaja.
Dalam satu rakaman lain, konvoi Perodua Aruztersebut TIDAK berada di lorong kanan setiap masa. Mereka juga berada di lorong kiri dan trafik di lorong kanan juga perlahan disebabkan oleh kesesakan.
Bukan kumpulan pemandu Perodua Aruz sahaja yang perlahan malah semua kenderaan perlahan ketika itu. Oleh yang demikian, mungkin situasi ini di mana perakam berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.
Pihak pengadu juga telah meminta maaf atas teguran tersebut sekiranya ada terkasar bahasa.
Sumber :wapcar.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: