Viral

Konvoi Aruz Buat Hal Bawa Macam “Siput” Di Lorong Memecut

AKTIVITI konvoi motosikal ataupun kereta sering dilakukan terutamanya pada hujung minggu. Tak dapat dinafikan memang mereka yang menyertai konvoi tersebut akan berasa gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama menuju ke sesuatu destinasi.

Walaupun tak semua yang melanggar peraturan jalan raya, namun masih ada segelintir kumpulan konvoi ini membuat jalan yang mereka lalui seperti milik mereka sendiri.

Konvoi awal pagi

Hal tersebut samalah seperti dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @nidaasifa apabila menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu-pemandu kereta Perodua Aruz yang mengikuti konvoi diawal pagi melalui jalan yang sama digunakan oleh wanita itu. Video diakhir artikel ini.

Menurutnya, pemandu-pemandu yang menyertai konvoi tersebut telah duduk di lane kanan lebuh raya dan pastinya ia akan menyukarkan kereta lain untuk memotong di bahagian tersebut.

Lebih menjengkelkan kereta-kereta tersebut dipandu dalam kadar perlahan sehingga pemandu kenderaan lain terpaksa bergerak perlahan juga dan boleh mengakibatkan berlaku kesesakan di awal pagi.

Ramai yang bengang dengan konvoi macam ni

Tambah pengguna Twitter itu lagi, bukan dia sahaja yang berasa geram tetapi pemandu yang dihadapannya juga merasai perkara sama kerana tidak lepas untuk memotong kerana konvoi kereta Perodua Aruz bergerak dalam kumpulan mereka.

Ingat saiz besar dah jadi king la tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, wanita itu meminta agar sesiapa yang mengenali pemandu-pemandu yang mengikuti konvoi tersebut supaya lebih bertimbang rasa dengan pengguna lebih raya yang lain kerana bukan semua memandu untuk bersenang-senang seperti mereka.

Ia bukan hanya menjadi punca masalah kesesakan jalan raya terjadi tetapi turut mengundang amarah orang ramai seperti yang dilihat diruangan komen pengguna Twitter itu.

Kalau perlahan tu ubahla lorong

Kita potong habis kena marah

Ada yang pernah kena maki dengan marshal

Jalan raya bukan geng dia je pakai

Rakaman yang tular

 

Sumber:akupapankekunci

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.