Viral

Zizie Izette terima jutaan Rlngglt perkenal ejen pelaburan kepada Bung Mokhtar

Selebriti dan juga isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad difahamkan menerima wang tunai RM2.2 juta apabila memperkenalkan ejen pelaburan Public Mutual Berhad kepada suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit saham bank selepas diberitahu oleh pihak mahkamah Sesyen hari ini.

Menerusi Bernama, Ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid, 43, memaklumkan bahawa kebiasaannya wang pengenalan (introduction fee) akan diberikan kepada individu yang memperkenalkan ejen pelaburan kepada pelanggan.

“Kami tldak menetapkan sebarang kadar bayaran (wang pengenalan), namun ia mengikut kepada budi bicara (antara ejen dengan individu). Kami putuskan untuk beri (wang pengenalan) kepada Datin Seri Zizie kerana memperkenalkan kami kepada Datuk Seri Bung,” katanya.

Hal ini diberitahu Mahdi sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendkwa Raya Mohd Sophian Zakaria dan Law Chin How pada perbicaraan kesRsuah yang dihadapi Bung Moktar dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Menurut saksi pendkwaan ke-24 itu, dia telah menyerahkan wang berkenaan kepada Zizie Izzate di Public Bank cawangan Taman Melawati pada Jun 2015.

“Pada hari tersebut, saya dan Puan Norhaili berada di bank (Public Bank), namun Puan Norhaili berada di bank hanya sekejap sahaja kerana dia ada urusan lain, jadi ketika transaksi wang berlaku, hanya tinggal saya dan Datin Seri Zizie berada di bank sehingga transaksi selesai.”

“Pembayaran wang pengenalan itu dibuat dengan cara saya mengeluarkannya (wang) dalam bentuk cash (tunai) dan pihak Public Bank menyerahkannya kepada Datin Seri Zizie,” katanya.

Ditanya berapa jumlah wang yang diminta saksi itu sehinggakan pihak bank memberitahu wang yang diminta tidak mencukupi, Madhi menjawab “Saya tk ingat berapa wang yang kami minta, tapi jumlah wang tunai yang dikeluarkan oleh Public Bank adalah RM2.2 juta.”

Untuk makluman, sebelum ini, Bung Mokhtar 63 didakwa menerima rasvah daripada Mahdi menerusi isterinya, Zizie Izzete di Public Bank cawangan Taman Melawati kira-kira jam 12.30 tengah hari pada Jun 2015.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Eksekutif Felcra itu mengaku tldak berslah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 43, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertudvhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Setakat ini, perbicaraan di hadapan Hakim Rozina akan bersambung 7 Disember ini.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.