Viral

PengetuaSek0lah Akhlrnya Tampil, BerltahuSbab Mngapa Guru Diaslngkan Dlam Bilik

Ipoh – Video seorang guru mend.akwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan stor tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

VIdeo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini.

Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima s.untikan v.aksin.

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.

Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

Sebab Guru Diasingkan

Lembaga Pengelola Institusi St Michael BOG menyokong t.indakan pengetua sekolah itu mengasingkan seorang guru yang tidak div.aksin, kata pengerusi Tan Sri Lee Oi Hian.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkannya dengan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Simon Yeong Chin Chow pada Khamis 25 Nov, mereka bersetuju bahawa pengetua telah mematuhi semua prosedur.

BOG dan Persatuan PIBG sekolah menambah bahawa mereka mengetahui prosedur operasi standard C0vid 19 di bawah A.kta Kawalan P.enyakit J.angkitan serta arahan daripada Kementerian Pendidikan.

“Pengetua kami telah mematuhi semua prosedur, dan BOG menyokong t.indakannya,” tambah mereka dalam kenyataan itu.

Media pada Rabu 24 Nov melaporkan mengenai keluhan seorang guru yang ditempatkan berasingan di bilik stor sekolah itu kerana menolak daripada div.aksin.

Pengetua SMK St Michael, Sit Wai Yin berkata, guru itu adalah satu-satunya guru yang masih belum mendapat dos v.aksin C0vid 19 dan oleh itu dia tidak dibenarkan berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pelajar lain.

Mengikut garis panduan pengurusan dan operasi sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian, mereka yang belum diberi v.aksin atau menolaknya masih perlu pergi ke sekolah tetapi perlu mematuhi semua garis panduan dan arahan.

Mereka tidak dibenarkan menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan tidak berada di dalam bilik atau kawasan yang sama dengan pelajar atau kakitangan sekolah yang lain.

Laporan Dalam Masa Terdekat

S.iasatan terperinci telah dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri JPN Perak berhubung d.akwaan seorang guru diasingkan di bilik simpanan tukang cuci kerana tidak div.aksin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah dimaklumkan JPN Perak berkenaan i.su berkenaan selepas tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Menurutnya, pihak KPM akan memaklumkan laporan penuh berkenaan i.nsiden terbabit dalam masa terdekat.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *