Viral

[Video] Begitu Merdu Bacaan Juara Dunia Seni Bela Diri Campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov semasa Jadi Imam Solat

TIDAK hairan sekiranya perkembangan atlet seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov sentiasa diikuti ramai dalam kalangan peminat pelbagai latar menerusi media sosial di serata dunia.

Bukan saja tangkas beraksi di gelanggang malah atlet las4k Russia itu tidak melupakan dirinya ‘hamba Allah’ dengan menunaikan solat secara berjemaah dan menjadi imam solat.

Khabib cemerlang selepas mene waskan pencabarnya dari Amerika Syarikat, penca-barnya, Dustin Poirier pertar-ungan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin.

Kerendahan hati Khabib dikongsi oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim menerusi di laman sosial Facebook (Fb) beliau dengan garapannya berbunyi:“Masha’Allah, kejayaan bukan hanya memiliki rekod 28-0 dalam arena (yang memang mengejutkan), Khabib menunjukkan kepada kita kejayaan sebenar apabila anda berdiri di hadapan pencipta.

“Sudah tentu orang yang yakin dan percaya mencapai kejayaan. Mereka yang solat dengan penuh tawaduk menyerahkan diri.

“Bagaimana kuatnya diri seseorang itu, betapa bijak atau masyhur dilihat oleh orang dan apa rekod yang anda pecahkan, kita semua yang ada sekarang akhirnya akan menjadi lemah, pelupa dan kita bersama rekod kita akan dilupakan oleh manusia tetapi rekod paling penting dalam kalangan semua adalah apa yang ditulis oleh malaikat untuk anda dan saya berdoa kita semua mendapat buku catatan baik di tangan kanan pada hari akhirat dan memenangi trofi muktamad, insha’Allah!”

Atlet kelahiran Dagestan itu mengekalkan gelaran lightweight serta rekod tanpa kal-ahnya menewas-kan Poirier pada pusingan ketiga pertarungan itu di Yas Island, Abu Dhabi dengan rekod kemenangan 28-0.

Khabib tampil semula di gelanggang pada perla-wanan pertamanya sejak menewaskan Conor McGregor pada Oktober tahun lalu.Khabib menewa-skan tiga daripada lima penca-barnya menerusi kemenangan disahkan ‘melebihi keupayaan lawan’ dan mencabar Jon Jones dan Amanda Nunes bagi menentukan siapa paling hebat secara tidak rasmi dalam MMA.

“MMA adalah mengenai rasa hormat. Itu yang kami tunjukkan pada perlawanan itu,” kata Khabib.

Video:

Sumber Article: Harianmetro via covernews24.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *