Viral

52 Anggota Tentera Darat Mula Pindah Masuk RKMAT-TD Bukit Jalil

Rumah baru sudah pasti menjadi idaman setiap orang. Begitu juga harapan Tentera Darat yang telah mula menjalani proses pemindahan masuk bersama keluarga ke unit-unit kediaman. Alhamdulillah rezeki anggota tentera sebelum masuk tahun baru.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah merasmikan Program Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera – Tentera Darat RKMAT di Taman LTAT, Bukit Jalil pada 3 November 2021 yang lepas.

Seramai 52 penghuni telah berjaya berpindah masuk ke Blok 2 RKMAT-TD di mana rancangan perpindahan anggota secara berkelompok sebagai penghuni RKMAT-TD telah dilaksanakan secara berperingkat bermula dari 18 November 2021 hingga 10 Disember 2021.

Selain itu, sebanyak 2,000 unit kediaman ini adalah inisiatif perumahan yang dirancang oleh Kementerian Pertahanan melalui kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ia merangkumi empat (4) blok pangsapuri 38 tingkat dengan keluasan binaan 850 kaki persegi untuk setiap satu unit kediaman bagi memenuhi keperluan anggota Tentera Darat di Lembah Klang.

Menurut Perdana Menteri, RKMAT merupakan antara agenda utama di bawah RMKe-12 dan Bajet 2022. RKMAT sangat berkait rapat dengan aspirasi utama beliau sebagai Perdana Menteri, iaitu aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.

“Melalui aspirasi ini, selain keterangkuman dan kebersamaan, saya turut menitikberatkan kesejahteraan hidup setiap Keluarga Malaysia yang berbilang bangsa, agama serta budaya.

“Keterangkuman dan kebersamaan ini termasuklah kesejahteraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang begitu besar jasa, khidmat bakti dan pengorbanannya kepada tanah air kita yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan ketika majlis perasmian RKMAT.

 

Kesemua 2,000 unit kediaman ini adalah inisiatif perumahan yang dirancang oleh Kementerian Pertahanan melalui kerjasama dengan LTAT.

Ia merangkumi 4 blok pangsapuri 38 tingkat dengan keluasan binaan 850 kaki persegi untuk setiap satu unit kediaman bagi memenuhi keperluan anggota TDM di Lembah Klang.  Unit kediaman ini turut dilengkapi perabot, perkakas elektrik dan fasiliti riadah serta sosial seperti dewan serbaguna, gimnasium, surau dan unit kedai yang selesa dan kondusif untuk didiami

Menurut YB Menhan, ketika ini Kementerian Pertahanan melalui Blueprint Perumahan 2.0 sedang melaksanakan perancangan untuk membina 28,033 unit RKMAT di seluruh negara dari tahun 2021 sehingga tahun 2030. Jumlah ini termasuklah 8,852 unit RKMAT seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi RMke-12 khusus untuk warga ATM. Daripada jumlah 8,852 tersebut, sebanyak 1,509 unit sudah pun dalam proses pembinaan. Manakala, 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan. Dengan siapnya 2,000 unit RKMAT di Bukit Jalil ini, diharapkan ia memenuhi kira-kira 85% keperluan perumahan anggota ATM di Lembah Klang.

Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Ahmad Husairi Mohamad Salleh berkata, dia amat berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana menjaga kebajikan anggota ATM.

“Sebelum ini saya menyewa di sebuah rumah di sekitar Bandar Tun Razak dengan kos sewa sebanyak RM1,200 sebulan. Sebaik sahaja saya dimaklumkan menjadi salah seorang penghuni RKMAT, saya amat bersyukur kerana dapat mengurangkan kos kehidupan.

“Setelah berpindah, saya sangat berpuas hati kerana rumah ini jauh lebih selesa dan luas. Ia mempunyai tiga bilik tidur dan dua tandas selain mempunyai kemudahan yang lengkap seperti peti ais, sofa dan meja makan,” katanya.

Anggota TDM, Staf Sarjan Noor Azzila Hashim juga meluahkan rasa gembira setelah berpindah ke unit RKMAT. “Saya sebelum ini tinggal di rumah sewa di sekitar Jalan Klang Lama dengan kos sewa yang agak tinggi namun selepas diberitahu menjadi penghuni RKMAT, saya sangat gembira dan bersyukur.

“Jika ingin menyewa rumah berkelengkapan penuh harganya pasti akan lebih mahal. Namun, saya bernasib baik kerana boleh tinggal secara percuma di RKMAT yang sudah mempunyai kelengkapan penuh,” jelas Noor Azzila.

Sumber:sikapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *