Viral

[Video] P0lis cari ‘marshal’ berlagak p0lis trafik

Port Dickson: P0lis sedang mengesan pengiring (marshal) konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua P0lis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Katanya, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Epul Adam Helmet Bajet yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

“Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

“P0lis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.

“Peserta konvoi kenderaan tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai p0lis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta P0lis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan orang lain.

Video :

Sumber:Hmetro

Komen netizen,

Dah banyak kali kena dengan diorang ni. Ingatkan boleh mereka buat macam ni selama ni. Ok lepas ni aku ambik bidio la juga,

Aishhhh lain kali convoy je lah dengan aku, confem xda hal macam ni. Lagi boleh kenal awek baru tau ?

Byk je mat motor yg konvoi berlagak mcm ni…siap suruh kita ketepi utk konvoi dia lalu…

Buat muka ketat plak tu bila kita xnak bg laluan…

Jangan saman je, rotan la sedas dua sebagai pengajaran. Kalau setakat denda mana herannya orang kayangan ni. Zaman sekolah dulu cikgu rotan kalau buat salah.

Ni biasa rider2 yg kalau kt kedai sembang mcm moto dia paling laju. Dia lah pakar semuanya, sembang kencang dan atas jalan semua kena dgr ckp dia. Kita kena itu kena ini bagai. mohon driver2 yg ternampak marsyal wannabe ni bagi jari tengah je. Aku biker pun bg jari je marshal gini. Jaga group kau, bukan jaga trafik!

Konvoi yang tiada manfaat untuk masyarakat. Malah menyusahkan. Sekadar saling berbangga menunjuk memuji sesama sendiri. Yang buat duit ketua kumpulan jual barang. Sebodoh-bodoh golongan.

Mender kecil jer pun,bukan selalu.Utk mengelakkan kemalangan di simpang yg dah ada traffik light,buat salah..x buat salah…nie la Malaysia…

Memang salah pun..konvoi kenderaan tentera besar-besaran pun perlukan escort polis utk cntrol trafic inikan konvoi biasa… Mmg layak la kena punish hermm

Benda ni da berzaman dah, asal gang motor besar kepala dia pun besar..kadang tu rasa nak sepak je tapi kenang kang sama Melayu, nanti orang kata dengki pulak..tapi dia punya berlagak lah mcm dia lah orang paling kuat kat muka bumi ni…ya la gang2 ni semua ada,,DO ada Polis Pencen ada Pilot Pencen ada Hakim Pencen ada..semua kulit kebal macam *#&*

Dah kena dulu satu konvoi 4wd. Bergerak slow di jln raya…nak potong dihalang oleh marshall alias sherif lobo…jauh jugak kena ikut rentak mereka dlm 40km sejam. Mcam lah puak dia saja yg bayar rtax

Dah ada trafic light, ikut jela. Lepastu dduk lane kanan bawak perlahan. Suruh pulak kereta yg tgh laju masuk lorong kiri. Suka hati je buat rules macam jalan dia. Arah2 orang. Elok lg geng moto biasa konvoi, diorg bawak perlahan pun tau lane mana patut masuk. Otai konon.

Kan dah mendapat,,lain kali fikir dulu sebelum bertindak,,jangan mendongak langit bila dah tunggang moto besar lalu atas jln raya,,orang lain bayar cukai jalan jugak,,

Masa saya mula kenal dunia motor besar ni, dalam 15 tahun lepas, marshal block traffic ni perkara biasa. Saya rasa bersalah dalam konvoi sebab tak sepatutnya kami yang nak ride suka-suka ni kacau kelancaran lalu-lintas tanpa mematuhi undang-undang. Tak kira la marshal tu kerja polis ke JPJ ke MP ke, tak pakai uniform, tak pakai kenderaan pasukan, korang pun macam pengguna jalan raya yang lain juga. Ada geng konvoi saya siap sepak side mirror kereta orang yang tak bagi jalan, padahal kawan tu dah tak leh nak elak ke mana dah, jalan sempit. Samsengnya lain macam. Then saya prefer ride dalam group kecil, santai2, saja nak enjoy, nak berkawan, bukan nak buat kacau.

Sekarang ni perangai macam ni dah berkurang, tapi ada lagi. Dari yang saya belajar dari rakan-rakan marshal yang official, marshal tak boleh hentikan traffic, tapi boleh bantu kawal traffic lepas anggota polis traffic hentikan traffic, then dia take over sehingga konvoi lepas. Tapi untuk stop orang, tak boleh. Konvoi kena diiringi anggota traffic yang lengkap beruniform, dengan motosikal pasukan, dengan lampu penanda amaran polis (lampu biru kelip-kelip).

Mohon rakan-rakan bikers hormat hak pengguna jalan raya yang lain juga. Tak salah nak berkonvoi, tapi ikutlah peraturan jalan raya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *