Viral

Najib tidur lena lepas BN menang besar di Melaka

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidur lena semalam selepas kemenangan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Najib berkata demikian dalam ucapan terima kasih kepada pengundi Melaka kerana menyokong BN.

“Malam tadi, saya tidur lena”.

“Alhamdulillah, rakyat dan pengundi negeri Melaka telah memberi kemenangan yang sangat besar kepada Barisan Nasional,” katanya dalam klip video yang dikongsi di Facebook.

Najib turut melahirkan rasa terima kasih kepada jentera akar umbi Umno, MCA, MIC dan rakan-rakan BN kerana berjaya meraih kemenangan besar di mana BN memperoleh 21 kerusi berbanding lima oleh Pakatan Harapan dan dua oleh Perikatan Nasional.

“Rakyat telah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan BN. Saya yakin dan percaya, di bawah kerajaan baru dan di bawah Ketua Menteri Sulaiman (Mohd Ali) akan membawa Melaka kepada keamanan, kestabilan dan lebih makmur lagi,” katanya.

Najib yang juga ahli parlimen Pekan berkata dia berharap Adun yang baru dilantik dapat berkhidmat dengan baik kepada pengundi mereka.

“Anda boleh percaya bahawa kami akan menunaikan semua janji manifesto pilihan raya kami,” katanya.

 

‘Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10,000 secepat mungkin’

Sebaik BN melakar kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, bekas perdana menteri Najib Razak tampil menggesa kerajaan persekutuan supaya merealisasikan pengeluaran wang sehingga RM10,000 melalui inisiatif i-Citra.

Najib memetik nama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya segera ‘menekan butang’ i-Citra RM10,000.

“Tengku Zafrul, kasi (sila) tekan butang i-Citra RM10,000 secepat mungkin,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu BN merekodkan kemenangan majoriti dua per tiga sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka dengan kemenangan di 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Sebagai rekod sebelum ini Najib memohon agar kerajaan menaikkan had maksimum pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000, berbanding RM5,000.

Cadangan itu katanya bukan langkah populis tetapi berpunca daripada keperluan mendesak rakyat pasca Covid-19.

“Saya mendapati ramai yang bersuara dan mendesak. Ini sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan ataupun berniat untuk mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil.

“Saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir, kerana ini amat dituntut oleh rakyat,” katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

sumber:malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *