Viral

Digelar ‘Wedding Of The Year’, kos majlis kahwin Haqiem Rusli dianggar RM7 juta

Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem bin Rusli, 23 telah selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19 sekitar am 3.40 petang tadi.

Majlis pernikahan yang dilakukan di  Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Cyberjaya itu berjalan dengan lancar apabila Haqiem memberikan mas kahwin sebanyak RM300.

Beri hantaran RM100,000

Namun apa yang menjadi perhatian adalah wang hantaran yag diberikan Haqiem kepada Anis iaitu sebanyak RM100,000 dan cincin berlian Hearts of Fire iaitu antara berlian terbaik dunia.

Kos majlis dianggar RM7 juta

Menerusi Mstar, Majlis resepsi akan diadakan secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis juga diberi nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman kayangan dengan rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis yang minat dengan fesyen dan drama Korea.

Selain itu, bagi pengantin turut menggunakan aksesori berlian dan barang kemas pengantin adalah dari HABIB Jewels untuk kedua-dua majlis bernilai RM5 juta.

Merujuk kepada sumber, dianggarkan RM7 juta dibelanjakan untuk keseluruhan majlis penyanyi tersebut.

Sumber: Mstar/Omm

 

Persis Hanis Zalikha, Tak Sangka Isteri Haqiem Rusli Viral Dari Sekolah Lagi

 

Baru2 ini Haqiem Rusli telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis berusia 19 tahun dari kelantan tetapi telah menetap beberapa tahun di ibu kota.

Gadis yang dikenali sejak 2 tahun lepas itu merupakan rakan kongsi beliau dalam sebuah perniagaan makanan iaitu restoran milik Haqiem Rusli.

Haqiem Rusli Selamat diijabkabulkan bersama gadis yang dikenali dengan nama Anis Sofea itu dengan Mas Kahwin berjumlah RM300 dengan Wang Hantaran sebanyak RM100,000.

Sejak ianya diwar2kan pada sabtu lalu, peminat telah mencari2 siapakah bakal menjadi isteri penyanyi terkenal itu ternyata membuahkan hasil.

Gadis tersebut sebenarnya pernah tular di laman sosial beberapa tahun lepas apabila telah memuatnaik sebuah video beliau sedang bermain satu permainan minda dengan kawan2nya.

Gara2 video tersebut, isteri kepada haqiem rusli itu telah menjadi tular dan dikatakan sangat persis dengan Hanis Zalikha.

Walaupun begitu, anis sofia mencipta populariti tersendiri sekarang apabila menjadi isteri kepada penyanyi terkenal itu.

Kerana seperti yang kita semua maklum, haqiem rusli seorang penyanyi muda yang memang bersih dari sebarang kontr0versi yang tidak baik dan sangat menjaga nama baik beliau dari sebarang kontr0versi yang tidak baik.

Sebenarnya jika diamati betul2 memang wajah isteri kepada haqiem rusli ini memang sangat persis dengan Hanis Zalikha.

Sama2 cantik dan sama2 mempunyai kecantikan yang memukau sesiapa yang melihatnya. Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan dan diucapkan Selamat Pengantin baru kepada Haqiem Rusli dan Anis Sofea.

Sumber: Koleksi Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.