Viral

Nak Duduk Pun Takvt, Ini Tegur4n Netizen Kepada KJ Tent4ng Kerusi Klinik Kesiihatan Berk4rat

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan perabot usang yang didakwa di sebuah Klinik Kesihatan milik Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi satu ciapan oleh @ultranatasja, beberapa buah kerusi di ruangan menunggu dilihat berada dalam keadaan daif dan berkarat.

“Mungkin tiba masanya utk KKM menyelenggara perabot di Klinik Kesihatan (KK). Terdapat banyak yang berada dalam keadaan daif, tidak mencukupi untuk pada ibu mengandung dan bayi baru lahir.

“Kita tak minta perabot ekslusif, sudah memadai yang tidak berkarat dan stabil untuk digunakan,” kata ciapan tersebut yang kini telah mendapat lebih daripada 5,000 ulang ciap.

Menerusi ciapan tersebut juga, pengguna itu turut menyeru agar perkara itu diberi perhatian oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna platform media sosial yang menggesa agar tindakan segera diambil sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

“Tindakan segera perlu dilakukan. Institusi kesihatan awam mempunyai peranan memberi perkhidmatan kesihatan awam yang baik kepada rakyat tetapi keadaan sebegini tidak selesa untuk rakyat,” tulis @FarhanahMel.

“Sekurangnya kerusi besi tu boleh tukar yang berlapik sikit. Tidaklah sakit dan keletihan ibu mengandung yang menunggu lama di situ,” ujar @afeeliafarhaniz.

“Kerusi di KK Hutan Melintang sudah hitam berdebu dan kerusinya berkulat. Nak duduk pun geli memandangkan saya membawa bayi,” kata @ultranatasja lagi

Sumber : KOsmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *