Viral

“Gambar Itu Untuk Mɑlu & Jɑtuhkan Saya, Puɑs Hɑti Korang?” – Shima Menɑngis Beri Penjelasan Tentang Gambar Tersebut

Penyanyi, Baby Shima tampil memberikan penjelasan selepas teruk dik3cam ekoran gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hibur4n di ibu kota tular.

Mengakui itu adalah dirinya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menjelaskan timbul salah faham mengenai foto tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi, Shima memberitahu gambar tersebut sengaja di muat naik oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk membvrukkan namanya.

Terlebih dahulu saya nak minta maaf tentang gambar yang terseb4r tu, tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak membvrukkan nama Shima.

“Jadi Shima jelaskan dekat sini, gambar tu bertujuan untuk membvrukkan nama, menjatvhkan dan mem4lukan Shima supaya dia buat orang b3nci lagi dekat Shima,” jelasnya.

Tidak dapat menahan seb4k, Shima mengal1rkan a1r mata dan memaklumkan foto tular itu diambil sewaktu penggambaran muzik video terbaharunya berjudul L4lai.

Kata Shima lagi dia juga tidak akan melakukan g1mik yang boleh mem4lukan dirinya.

“Shima tahu tujuan dia itu. Buat apa Shima nak buatkan g1mik macam tu untuk malvkan diri. Bila baca komen-komen, semua komen-komen percaya tanpa diorang tahu perkara sebenar.

“Kalau korang nak tahu, gambar itu waktu Shima tengah shooting untuk muzik video single terbaharu Shima, Lalai. Pu4s h4ti korang?” ujarnya sebak.

Terdahulu, nama Shima menjadi h4ngat disebabkan foto tersebut merakamkan Shima seperti sedang menc1um seorang lelaki yang sedang memegang gelas minuman.

Sebelum ini Shima juga mend3dahkan ramai membenci dirinya dan tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Baby Shima Pelik Kenapa Ramai Benci Dengannya Walhal Tak Kacau Orang. Sekali Ada Warganet Bagi Komen Pedass Untuk Baby Shima

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan selebriti media sosial, Baby Shima, 29, meluahkan isi hatinya dalam kehairanan tentang mengapa sehingga kini begitu ramai yang membenci dirinya.

Menurut penyanyi dengan nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ini, keadaan itu adakala sering bermain di fikirannya memandangkan dia tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan sehinggakan ramai tidak menyukainya.

“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima. Sedangkan, Shima tak pernah kacau orang lain. Tak pernah kacau rumah tangga orang, keluarga orang.

“Tak pernah juga minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah!,”katanya.

Shima berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Instagram malam semalam yang kemudiannya mendapat perhatian ramai di media sosial.

Terdahulu, di ruangan Instagram Story (igs), Shima juga memberi bayangan mengenai kesedihannya itu menerusi perkongsian sebuah kata mutiara berbahasa Inggeris, ‘Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi tidak perasaan’.

Tidak cuma itu, penyanyi yang juga bekas peserta program realiti D’Academy Asia musim ketiga ini turut meluahkan rasa sedih dan memberi bayangan sudah tidak sanggup bertahan dengan situasi seperti ini.

“Terus-terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang dilalui sekarang. Boleh tak kamu semua rasakan apa yang Shima rasa?”katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Shima menerima pelbagai respons daripada pengikut dan peminatnya yang dilihat menaruh harapan agar penyanyi ini terus kuat semangat dan bersabar dengan situasi.

Namun, ada juga dalam kalangan pengikut yang berpandangan negatif dan sinis selain beranggapan antara punca dirinya dibenci kerana gelagatnya sendiri di media sosial.

“Kena berhenti jadi gedik-gedik. Jadilah seperti perempuan dan bukannya betina,” – tulis pengguna dengan nama sifu_luncai.

“Warganet cuma tak suka Shima kerap dan kuat sangat goyang kot,” tulis pengguna mmhrostani.

“Kamu yang pilih jalan ini. Nak jadi artis. Dunia artis memang begitu. Ada yang suka, ada yang benci. Lumrahlah semua itu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” tulis pengguna eriezmann.

“Nilai diri sendiri dulu, cari salah diri bukan cari salah orang. Kalau orang benci, ada sebab dan salahnya terletak pada diri sendiri,” tulis pengguna sp_escobar.

“Penyelesaiannnya haya kembali pada agama dan sunnah Nabi SAW. InsyaAllah Allah akan bagi ketenangan pada awak” tulis pengguna azuanmazlam7

Dalam pada itu, terdapat juga kalangan rakan artis yang memberi respons terhadap luahan Shima itu di ruangan komen sambil memberi kata semangat.

Antara yang berbuat demikian ialah penyanyi Wani Kayrie, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak dan pelakon, Erry Putra.

Tayang Badan Ada Tatu. Baby Shima Enggan Cakap Berlebihan. Apa Yang Penting Tidak Kacau Hidup Orang Lain.

KUALA LUMPUR: Tidak berhenti menerima kritikan, penyanyi Baby Shima, 29, sekali lagi terpalit sensasi apabila didakwa memiliki tatu tulisan namanya pada bahagian dada.

Ia selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik hantaran videonya bersama selebriti media sosial, Ammar Nazhan dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, Shima atau Nor Ashima Ramli tidak mengiyakan atau menafikan, malah terus membiarkan warganet untuk membuat spekulasi.

“Bagi saya, bertatu nampak cantik, tetapi saya enggan cakap berlebihan.

“Biarlah warganet menilai sebab kalau saya bercakap baik sekalipun tetap tidak diterima warganet.

“Jadi, saya buat apa yang saya suka. Apa yang penting, saya tidak kacau hidup orang lain,” katanya

Sementara itu, mengulas perancangan kerjaya di Indonesia selepas penularan COVID-yang semakin reda, Shima berkata, dia masih menunggu pintu sempadan dibuka.

“Jujurnya, saya mahu pulang ke Indonesia secepat mungkin. Saya masih menunggu Indonesia membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia masuk.

“Saya akan mengeluarkan single ciptaan Pasha Ungu untuk pasaran Indonesia, namun semua tergendala disebabkan penggambaran video muzik tidak dapat dilakukan.

“Saya terpaksa tunggu pulang ke Jakarta untuk menyiapkannya. Ini kerana Pasha sendiri akan mengarahkan video muzik berkenaan,” katanya.

Penyanyi kelahiran Masai, Johor itu berkata, dia bukan sekadar mahu menyambung perancangan kerjaya nyanyian yang tergendala, malah sudah hampir dua tahun tidak menjenguk rumahnya.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi pada rumah apabila hampir dua tahun ditinggalkan tanpa penghuni,” katanya yang kini sibuk menyiapkan kerja terbengkalai ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Selain itu, bekas finalis program D’Academy Asia musim ketiga itu juga sedang membuat persiapan memasuki studio merakamkan empat single ciptaan Ezra Kong, Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 pada bulan depan.

Kredit:utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *