Viral

“Tak pernah dibuat orang” – Jiran Tumpang Pagar Sampai 5 Buah Rumah Untuk Jemur Baju

Selalunya bila duduk rumah teres ni, kalau nak jemur baju dekat pagar rumah tu berebut jugalah dengan jiran sebelah kan? Maklumlah pagar kongsi…

Tapi menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok ni lain pula…

 

Menerusi video yang dikongsikan, wanita ini mengatakan yang dia baru pulang dari Lumut, tapi bila sampai ke rumahnya, dia terkejut bila lihat pagar depan rumahnya penuh dengan kain jemuran.

Bukan sahaja rumahnya yang kena, empat rumah lain yang letak bersebelahannya juga turut penuh dengan kain baju yang dijemur! Apa cerita ni?

Video:

 

Rupanya, jiran selang empat buah rumah darinya telah tumpang sidai baju-baju yang dibasuhnya di pagar-pagar rumah ini.

Aduhai lah jiran! Balik-balik dari Lumut tengok rumah dah penuh dengan kain. Habis tiga rumah dia tumpang sidai kain. Tak pernah dibuat orang.”

Di ruangan komen, wanita ini memberitahu yang jirannya itu telah datang mengutip bajunya sejurus selepas dia melihat kereta sampai.

Ingatkan jiran sebelah, rupanya jiran empat buah rumah. Rumah dia dekat cornet lot. Jauh betul dia sidai. Rumah ada orang pun habis dia sidainya sekali. Tengok kereta sampai laju dia kutip.”

Memuat naik satu lagi video, wanita ini telah menujukkan jarak rumahnya dengan jiran yang tumpang sidai baju di pagarnya. Memang nampak agak jauh. Namun wanita ini menjelaskan yang dia tak marah pun cuma speechless.

Komen Netizen:

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut terhibur dan pada masa sama ada juga yang husnuzon dengan mengatakan mungkin jirannya itu nak buat macam ada orang dekat rumah sebab nak elak dari rumah dimasuki pencvri.

Hahaha, betullah macam-macam kerenah hidup berjiran ni.

Sumber : LobakMerah, Koleksiviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *