Viral

Pakar : Hapuskan Motor Kapcai Dari Pasaran

Di Malaysia, kapcai adalah jentera pembvnuh yang mengakibatkan banyak kem4tian – secara purata 4,100 kematian setahun dalam tempoh 12 tahun,” kata Wan Agyl Wan Hassan.

Kenyataan mantan ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikenali Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu menjelaskan statistik terkini menunjukkan Malaysia semakin hampir menggantikan Thailand sebagai negara paling berbahaya bagi penunggang motosikal.

“Motosikal jenis ini ringan dan mudah dikendalikan, jadi kanak-kanak menggunakannya di kawasan luar bandar untuk pergi ke sekolah atau membeli barangan runcit.

“Kita perlu fikir sama ada kita mahu mengekalkan atau tidak motosikal jenis ini atau perlahan-perlahan menghapuskannya secara berperingkat,” jelasnya pada sebuah program bual bicara di Astro Awani.

Sementara, seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar kapcai dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik kuasa rendah.

Jelas Wan Agyl keputusan tersebut mungkin tidak popular dari segi politik kerana ramai membeli kapcai kerana harganya lebih murah secara purata RM3,000 hingga RM4,000.

Bagaimanapun, motosikal elektrik lebih murah, dengan harga antara RM1,500 dan RM2,000 dan tidak selaju atau mudah diubah suai dan ditukar menjadi jentera pembvnuh.

STATISTIK 

Selain itu, pada program bual bicara berkenaan Wan Agyl menyokong kenyataannya dengan rekod statistik kemalangan

Angka daripada polis trafik persekutuan menunjukkan 79,916 pengguna motosikal terbunuh dalam kemalangan jalan raya dari 2001 hingga Ogos (2021) dan 70.2 peratus daripada kematian nahas jalan raya setakat Ogos membabitkan pengguna motosikal.

Bahkan 15.2 juta pengguna motosikal yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90 peratus daripadanya adalah model kapcai.

Beliau berkata, dapatan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa negara mengalami kerugian ekonomi besar sebanyak RM18.15 bilion daripada kematian pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017.

“Ini adalah kerugian besar buat negara. Adakah kita masih mahu motosikal sebegini di atas jalan raya?” soal Wan Agyl.

Pada mesyuarat tahunan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 2019, seorang pegawai kanan polis meminta Kementerian Pengangkutan merangka dasar jangka panjang untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun hanya menggunakan skuter dengan kapasiti enjin kecil atau motosikal elektrik berkuasa rendah.

Untuk makluman, cadangan untuk membendung penggunaan kapcai dalam kalangan remaja diutarakan sejak 14 tahun lalu dan dianggarkan terdapat 11 juta pengguna kapcai aktif di Malaysia.

Sumber:FMT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *