Uncategorized

Lama Menyepi, Rupanya diam-diam Caprice dah nikah

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin.

Bagaimanapun identiti wanita bertuah itu masih menjadi tanda tanya.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.

Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz.

 

Bagaimanapun pembantu Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan..

caprcei
Caprice belum mendedahkan pasangan hidupnya.
“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahakan betul atau tidak.

“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya kepada mStar.

Ditanya tentang identiti wanita berkenaan, Aiman bagaimana enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci.

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.

Yang saya tahu dia dah berkenalan dengan perempuan dah hampir setahun.

“Apa yang saya tahu Caprice dah berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia respost,” katanya

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Caprice masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon

Sebulan ghaib, rupa-rupanya Instagram Caprice kena g4ntung

Hampir sebulan ghaib dan menghilangkan diri daripada media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya, penyanyi rap popular Caprice akhirnya membuat kemunculan semula dalam Instagram sekali gus meleraikan misteri kehilangannya sebelum ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata, akaun Instagramnya disekat pengendali platform berkenaan sejak 4 Oktober lalu kerana dikatakan mengandungi unsur buli dan gangguan seksual.

“Akaun kena suspended (gantung) sebab video terakhir 4 Oktober lalu banyak kali kena report (lapor).

Insya-Allah minggu ini dapat post (buat hantaran) semula nanti,” katanya.

Terdahulu, misteri kehilangan rapper kontroversi itu menjadi tanya tanya dan persoalan netizen selepas lama menyepi dalam platform itu.

Meninjau laman Instagram pelantun lagu Kau Hade itu kali terakhir memuat naik video ulasan pada 8 Oktober lalu dengan menyentuh mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan rakan sekerja.

Sehari sebelum itu, Caprice turut mengulas mengenai isu sama namun menggunakan berita membabitkan lelaki beruniform dipercayai tentera sedang menghisap jari seorang jurujual wanita.

Pada masa sama, Caprice berkata, kemungkinan akaun Instagramnya akan terus dipadam sekiranya dia terus melanggar garis panduan yang ditetapkan pengendali platform popular berkenaan. Setakat ini, Instagram juga telah memadam lima hantaran dalam Instagram Caprice dari tarikg 4 hingga 8 Oktober.

Mengikut perancangan, Caprice sepatutnya melancarkan single rap terbaharunya, Tiger of Al Quds pada 21 Oktober lalu selepas ditangguhkan daripada tarikh asal iaitu 10 Oktober.

Lagu dan muzik video berkenaan telah dirakamkan di Jordan dan Mesir ketika dia cuba untuk memasuki Palestin demi melunaskan misi kemanusiaannya di Palestin sebelum ini.

Nama Caprice menjadi sebutan susulan isu tidak sebulu dengan pendakwah bebas, Ebit Lew akibat permasalahan yang timbul semasa misi bantuan kemanusiaan Palestin sejak Jun lalu.

SEBUT nama Caprice, pasti ramai terbayangkan gaya percakapan penyanyi rap ini yang bertutur dalam slang bahasa Inggeris ketika berinteraksi dengan pengikut di laman sosial.

Isu ini terus menarik perhatian netizen hinggakan ada yang mempersoalkan cara sebutannya dalam bahasa ibunda yang kedengaran asing tidak seperti orang Melayu.

Menerusi Instagram, seorang pengikut bertanyakan mengenai cara pertuturan dan slang yang digunakan dalam perbualan harian.

Klik link dibawah untuk video

https://www.instagram.com/p/CTjBxZnBv0j/?utm_medium=copy_link

“Dari lahir ke cakap memang slang gitu ya?” soal pengikut.

Menjawab pertanyaan itu, Caprice secara berseloroh memberitahu dia sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak lahir lagi.

Caprice kini sedang menjalani kuarantin selepas pulang dari Jordan.

“Tak habis-habis orang tanya pasal slang… ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan… ooo susu! Itulah slang saya.

“Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk,” jawabnya ringkas.

Caprice sebelum ini pernah memberitahu dia dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

Sementara itu, dalam muat naik yang sama Caprice turut menjelaskan mengenai penghasilan video muzik (MV) dan lagu jihad yang dilakukan sepanjang dua bulan berada di Jordan dan Mesir.

Menurut Caprice, lagu dan MV berjudul Tiger of Al Quds itu dicipta bagi menaikkan semangat anak muda Palestin yang sedang berjuang menentang kezaliman Israel.

Caprice membesar di luar negara sejak kecil lagi.

Niat baik Caprice itu bagaimanapun dikritik netizen dan ada yang beranggapan tujuannya mahu ke negara bergolak itu semata-mata ingin membuat lagu sahaja.

“Saya mulakan karier di Malaysia dengan buat lagu dan buat MV untuk tangkap (hati) anak muda… kemudian baru mula hujah dan jihad, itulah cara saya dekati anak muda.

“Apa cara paling best untuk masuk tempat baru bagi salam kepada orang muda kat sana buat la lagu. Itulah strategi saya.

Caprice bakal lancar lagu baharu bulan depan.

“Alhamdulillah saya tak terasa langsung, makin lama orang akan nampak apa kita buat sebenarnya dan kebenaran pasti akan terbuka,” ujarnya.

MV lagu Tiger of Al Quds dijangka boleh ditonton di laman YouTube pada 10 Oktober depan.

Sebulan sebelum dilancarkan, Caprice ada memuat naik beberapa sedutan MV lagu tersebut di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya itu, Caprice bersama beberapa pemuda tempatan dilihat menaiki kenderaan berjenama mewah di padang pasir sambil memegang bendera Palestine.

 Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *