Viral

[Video] Kereta ‘dihiasi’ sampah akibat ‘double parking’

GARA-gara ‘double parking’, cermin depan sebuah kereta dipenuhi sampah.

Satu video berdurasi 15 saat dikongsikan di pplikasi TikTok Weikit itu, memaparkan sebuah Toyota Vios ‘dihiasi’ dengan sampah sarap kerana tindakannya menghalang kereta lain untuk keluar parkir.

Malah dipercayai kenderaan itu ditinggalkan dengan keadaan brek tangan yang tidak dilepaskan menyebabkan kereta itu tidak boleh digerakkan.

 

Justeru, tindakan pemandu Vios tersebut menimbulkan kemarahan penduduk kawasan itu sehingga mereka mengambil langkah drastik sedemikian.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati serta berpendapat pemandu berkenaan perlu diberi pengajaran.

Pengguna TikTok, Tom berkata, tindakan penduduk itu akan memberi peringatan kepada pemandu Vios itu supaya sentiasa prihatin terhadap orang lain.

“Ini semua pengajaran. Mesti dia akan ingat sepanjang hidup dia. Mungkin dia insaf untuk parkir berlapis lagi dan tarik brek tangan,” katanya.

Diana pula berkata, sesetengah tempat akan mengambil tindakan lebih kasar dengan memecahkan tingkap justeru dia mengganggap pemandu Vios itu dikira bernasib baik.

“Dulu masa duduk dekat kawasan perumahan Shah Alam, selalu nampak kereta parkir berlapis yang tak tinggalkan nombor telefon kemudian tarik brek tangan ni, tingkap kereta mereka dipecahkan,” katanya.

Komen Netizan

“Ini semua pengajaran. Mesti dia akan ingat sepanjang hidup dia. Mungkin dia insaf untuk parkir berlapis lagi dan tarik brek tangan,” kata Tom.

Sumber:Malaysiapost

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.