Viral

Hampir 20 Tahun Dengar Bunyi Kerusi Diheret, Pintu Dihempas & Air Paip Mengalir Dari Rumah Jiran Tingkat Atas

Seorang wanita dari Singapura membuat laporan polis kerana jiran di tingkat atas rumahnya didakwa sering berbuat bising sehingga mengganggu kehidupan seharian mereka sekeluarga terutamanya ketika waktu malam.

Bunyi air mengalir, kerusi diheret

Foto: Mothership.sg

Memetik laporan Mothership.sg, suri rumah yang dikenali dengan nama Tan mendakwa ‘gangguan’ tersebut sudah dialaminya sejak 20 tahun yang lalu. Dakwa Tan lagi, sudah hampir 100 kali dia melaporkan mengenai perkara itu kepada pihak polis tapi malangnya tiada sebarang perubahan.

Bercerita dengan lebih lanjut, Tan memaklumkan hampir setiap hari, dia mendengar jiran di tingkat atas rumahnya membuka paip selama beberapa jam dan membiarkan air melimpah. Dakwanya lagi, bunyi air yang mengalir itu agak kuat sehingga kedengaran dari rumahnya. Selain itu, Tan mendakwa jirannya itu suka mengheret kerusi serta menghempas pintu pada waktu malam dan kadangkala terdengar bunyi bola disepak dan orang bermain tali skipping.

Ganggu waktu tidur

Foto: Mothership.sg

Wanita berusia 52 tahun ini mengakui hal ini secara tidak langsung mengganggu kehidupan sehariannya bersama suami termasuklah waktu tidur mereka. Dakwa Tan, gangguan tersebut akan berkurangan setiap kali aduan dibuat namun ianya berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, gangguan tersebut kembali ‘menghantui’ mereka.

Suami saya bekerja sebagai pembantu gudang dan dia perlu keluar bekerja pada pukul 5 pagi setiap hari. Jika dia tidak tidur lena pada waktu malam, ia akan menjejaskan kerjanya.

Selepas mengadu kepada pihak berkuasa, saya pun ikutlah arahan diberikan dan tukar bilik tidur serta tutup pintu tandas, tapi masalah itu tetap berlaku.

Menurut sumber, jiran-jiran yang ditemui pemberita memaklumkan mereka tidak terkesan dengan gangguan tersebut selain mengakui jarang mendengar bunyi bising seperti yang didakwa.

Sumber: Mothership.sg/Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *