Viral

[VIDEO] Sepak Penunggang Motosikal, Polis Bvru Pemandu Persona

Baru-baru ini, tular satu video di sosial media mengenai ‘samseng jalan raya’ yang tunjuk ‘lagak’ dengan menendang penunggang motosikal yang dipercayai berlaku di Bandar Teknologi, Kajang.

Menerusi video pendek berdurasi 58 saat itu, memaparkan seorang pemandu kereta Perodua Gen 2 menyekat jalan seorang penunggang motorsikal sebelum keluar darpada kereta dan bertindak kasar dengan penunggang mtorsikal tersebut.

Mengulas lanjut, difahamkan setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat berkait insiden berkenaan. Kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Namun pun begitu, siasatan giat dijalankan oleh pihak polis bagi mengenalpasti siapa pelaku dan mangsa.
“Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut.

“Bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian ini oleh mana-mana pihak atau individu.

“Satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes ini,” kata Mohd Zaid memetik laporan Astro Awani.

Tambah beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.

Video yang tular:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 34K tontonan, 278 perkongsian dan 153 komen di laman Facebook.

Rata-rata warga netizen berharap agar si pelaku yang menendang penunggangmotosikal tersebut mendapat hukuman yang setimpal. Ada juga para netizen menyifatkan orang seperti ini tidak boleh diberi muka kerana sudah melampaui batas.
Apa kata netizen


 

Bagi membantu polis melakukan siasatan, orang awam diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Ali Hamzah di talian 019-8660324 jika mempunyai maklumat berkenaan insiden tersebut

Sumber:yoy.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *