Viral

Tak Da Bgtau Pun Ikan Pameran Dan Tak Ada Bgtau Berat 7kg Dan

PENJELASAN SIAKAP LANGKAWI VIRAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin memaklumkan kembali bahawa tujuan asal posting di Facebook peribadi saya yang dibuat pada 4 November adalah sekadar perkongsian dan peringatan. Ianya bukanlah untuk mengaib dan menjatuhkan mana-mana pihak dan bukanlah juga untuk mencari mana-mana perhatian dan publisiti.
Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh semua :

1. Perkara utama kepada apa yang ditimbulkan ialah berat ikan yang disediakan kepada kami adalah sangat tidak wajar dan jauh daripada kebiasaan. (Kami tempah ikan siakap untuk 7 orang makan. Yang kami terima ialah ikan yang sangat besar seberat 7.48 KG)

2. Kami sedia maklum bahawa harga makanan di kedai tersebut agak mahal daripada kebiasaan.
Ini pula beberapa perkara yang pihak kami ingin menafikan daripada apa yang didakwa oleh pihak kedai di media :

1. Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran (ikan show) dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan. Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun.

2. Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram.

3. Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega.

4. Size ikan yang ditunjukkan kepada kami (dengan anggaran tangan) sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.

5. Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu.

6. Pihak kami juga ingin menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.

Pihak kami berpandangan bahawa perkara ini telah mengelirukan (misleed) pihak kami. Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.

Pihak kami telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP dan bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain. Pihak kami akan terus berkerjasama dengan pihak yang berkaitan sehingga kes ini diselesaikan.

Pihak kami berharap agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai apa yang telah berlegar-legar di media sosial dan media massa yang lain sehingga telah menimbulkan kecaman, kejian, penghinaan, caci dan maki kepada pihak kami.

Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami. Namun telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi. Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain.
Kami berharap agar perkara yang terjadi ini dapat diambil pengajaran oleh pihak kami khususnya dan kepada masyarakat yang lain amnya. Kami juga berharap agar pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berhemah.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung khususnya pada pihak berwajib dan juga para media serta orang awam.

Akhir sekali kami ingin menyarankan agar kita semua dapat berhenti daripada memberikan komen yang berlebihan apatah lagi komen yang berbaur fitnah, kecaman, kejian, penghinaan, caci dan maki kepada mana-mana pihak sekali pun. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan tugas mereka dan menjalankan siasatan mereka dengan teliti.

sumber pembeli

POSTING 6 PELANGGAN YANG LAIN

 

2)

3)

4)

5)

6)

Kadang geram juga yg asyik salahkn pelanggan. Mmg la org tu dgr saiz besar dye okay sbb nk makan 7 org. Cuba kalau Tuan kedai ckp, Seekor seribu. Agak2 pelanggan nk beli x? Sy xnak ckp ada manipuasi situasi ke apa..tp org tiap2 tahun kena. Semua ni nk ikan show jugak ke?
2016,2017,2018,2019..2020 je xdek mungkin sbb covid. 2021 abg viral tu kena. Harap xberulang la tahun 2022. Kesian org nk happy melancong jd rsa teraniaya.

Ini dari review page restaurant.

Sumber:fuh.pw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *