Viral

Isu Harga Ikan Siakap Tak Masuk Akal Ini Sebab DSV Tawar Nak Bayar Bil M4ngsa

Umum mengetahui sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi mencecah lebih RM1,000.

Perkara itu turut mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang simpati dengan nasib m4ngsa serta mahu membayar semula harga ikan siakap yang dikenakan kepada mangsa.

“Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Sementara saya masih bercuti di Langkawi ni, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Saya terpanggil ssebab saya memang suka ikan siakap, saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap. Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi,” katanya.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Vida turut meminta bantuan pengikutnya untuk mengesan individu berkenaan kerana mahu belanja mangsa.

“Kiranya saya belanja la makan ikan siakap tu.. jadi saya nak bayar balik pada kakak tu. Boleh la kakak tu dapat duit dia balik untuk kegunaan lain. Brcuti kalau memang pakai duit banyak.

“Boleh tolong sampaikan kat dia ye. Kalau ada sesiapa yang mengenali beliau boleh tolong tag atau DM saya okay,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh perkongsian seorang pengguna Facebook berkongsikan bil harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal berjumlah RM1738.70, dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.

sumber:rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *