Viral

Something fishy going on here..Tahu Harga, Tetapi Masih Mahu Membelinya?’ Harith Iskander Pers0alkan Isu Harga Ikan Siakap Mel4mpau

Baru-baru ini kec0h di media sosial mengenai isu pemilik restoran terapung yang menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196. Pelbagai reaksi diterima dari netizen dan Harith Iskander juga turut memuat naik satu hantaran di laman Facebooknya mengenai isu ini.

 

Sesuatu Yang Mencur1gakan?

 

 

via Facebook Harith Iskander

 

 

 

Dalam penulisan di Facebooknya, Harith seolah-olah memberitahu ada sesuatu yang mencur1gakan berlaku dalam kejadian ini.

 

Dia juga turut mempersoalkan kepada pengikutnya bahawa ada golongan yang tahu harga sesuatu adalah sangat tinggi, namun masih mahu membelinya dan kemudian mengeluh.

 

Sesuatu yang mencur1gakan berlaku di sini? Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda tahu harga sesuatu adalah sangat tinggi, namun anda masih mahu membelinya? Dan kemudian anda mengeluh?

 

Bersetuju Dengan Harith

 

 

via Facebook Harith Iskander

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai rekasi dari netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak setuju dengan pandangan Harith Iskander.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan anda.. kebanyakan kedai makanan laut akan memaparkan harga barang per gram berapa banyak dan pelanggan akan memilih saiz dan apabila pelanggan bersetuju dengan berat dan ok untuk meneruskan pemilihan barulah mereka memasak. Kalau dah tahu mahal pilih makan lain lah.

Tidak Bersetuju Dengan Harith

via Facebook Harith Iskander

Ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan penulisan Harith tersebut malah ada yang menyatakan bahawa sebenarnya pembeli makanan tersebut ingin menunjukkan kepada orang ramai mengenai kemampuan pembeli membeli ikan tersebut dengan nilai harga ikan yang sedemikian.

Sekadar makluman, empat penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi telah melakukan siasatan di restoran tersebut.

Menurut BH Online, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat kejadian itu daripada pengadu serta peniaga dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil.

Sumber : murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

“Dia Yg Pilih Ikan Segar Dalam Sangkar”- Lepas Pemilik Restoren Bersuara, Tiba2 Pelanggan Dedah Balik Cerita Sebenar.

LANGKAWI: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, Norasyikin Musa terkilan selepas pelanggan menularkan harga ikan siakap di restorannya yang did.akwa terlampau mahal.

Beliau turut mempersoalkan tujuan sebenar pelanggan terbabit menyebarkan perkara itu selepas bersetuju membayar harga dikenakan pada hari keja.dian.

“Saya betul-betul tak sangka sedangkan dia sendiri yang pilih ikan segar dalam sangkar untuk dimasak. Ketika ambil pesanan, saya ulang banyak kali bahawa ikan itu besar, sambil saya tunjuk dengan isyarat tangan anggaran saiz ikan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Kilim Geoforest Park, di sini semalam.

Mena.fikan sekeras-kerasnya memaksa pelanggan memilih ikan bersaiz besar bagi mendapat keuntungan berganda selepas perniagaan terjejas t.eruk a.kibat p.endemik C0VID 19, Norasyikin berkata, beliau dan pekerjanya tidak pernah berbuat demikian sepanjang lapan tahun mengusahakan restoran itu.

Ketika ambil pesanan, pelanggan akan diberitahu berat ikan dikira dalam sukatan gram dan setiap menu lengkap tertera harga dengan jelas. Dalam k.es yang tular itu, selepas selesai makan, kumpulan sembilan pelancong terbabit tidak datang pun berjumpa saya untuk bertanya mengenai harga yang dikenakan.

“Ketika melangkah meninggalkan restoran pun, mereka tidak cakap apa-apa mengenai harga dikenakan ke atas ikan siakap dimasak menu tiga rasa dan stim limau itu. Sebenarnya, ikan siakap yang mereka pilih itu seberat 7.48 kilogram, berusia 11 tahun dan dipelihara untuk dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran,” katanya.

Penjelasan Dari Abang Yang Mula-Mula Tularkan Siakap

Saya ingin memaklumkan kembali bahawa tujuan asal posting di Facebook peribadi saya yang dibuat pada 4 November adalah sekadar perkongsian dan peringatan.

Ianya bukanlah untuk menga.ib dan menjatuhkan mana-mana pihak dan bukanlah juga untuk mencari mana-mana perhatian dan publisiti.

Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh semua

Perkara utama kepada apa yang ditimbulkan ialah berat ikan yang disediakan kepada kami adalah sangat tidak wajar dan jauh daripada kebiasaan. Kami tempah ikan siakap untuk 7 orang makan. Yang kami terima ialah ikan yang sangat besar seberat 7.48 KG.

Kami sedia maklum bahawa harga makanan di kedai tersebut agak mahal daripada kebiasaan.

Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan. Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun.

Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram. Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega.

Size ikan yang ditunjukkan kepada kami dengan anggaran tangan sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.

Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu. Pihak kami juga ingin menafikan d.akwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.

Pihak kami berpandangan bahawa perkara ini telah mengelirukan pihak kami. Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.

Pihak kami telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP dan bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain. Pihak kami akan terus berkerjasama dengan pihak yang berkaitan sehingga k.es ini diselesaikan.

Pihak kami berharap agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai apa yang telah berlegar-legar di media sosial dan media massa yang lain sehingga telah menimbulkan kec.aman, ke.jian, pengh.inaan, c.aci dan m.aki kepada pihak kami.

Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami. Namun telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi.

Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain.

Restaurant operator in siakap dish saga questions customer's intentions

Kami berharap agar perkara yang terjadi ini dapat diambil pengajaran oleh pihak kami khususnya dan kepada masyarakat yang lain amnya. Kami juga berharap agar pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berhemah.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung khususnya pada pihak berwajib dan juga para media serta orang awam.

Akhir sekali kami ingin menyarankan agar kita semua dapat berhenti daripada memberikan komen yang berlebihan. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan tugas mereka dan menjalankan siasatan mereka dengan teliti.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kredit : FB/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *