Viral

Setelah TuIar, Ini Yang Terjadi Pada Restauran ‘ Siakap Kayangan’

Restoran jual siakap ‘kayangan’ dikunjungi pelanggan seperti biasa

Langkawi: Restoran Terapung Sas Rimba, Kilim Geoforest Park, di sini yang tular selepas menu ikan siakap yang didakwa berharga ‘kayangan’, masih beroperasi seperti biasa dan dikunjungi pelanggan.

Tinjauan hari ini mendapati pengunjung yang melakukan aktiviti jelajah hutan paya bakau di kawasan berhampiran memilih untuk singgah dan menjamu selera di restoran terapung itu.
Untuk ke restoran itu, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kilim dengan masa perjalanan 10 minit.

Pemilik restoran Norasyikin Musa berkata, dia bersyukur perniagaannya tidak terjejas selepas insiden tular terbabit, bahkan bisnes itu dan ikan sangkar adalah sumber rezeki keluarganya dan pekerja restoran sejak lapan tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan percaya rezeki Allah SWT. Saya nak ucap terima kasih pada orang yang tular pun (sukar juga) sebab saya terkilan dengan sikap dia.

“Saya menghormati semua pelanggan, sebab itu saya berulang kali tanya ketika menerima pesanan kerana tidak mahu pelanggan kecewa selepas makan di sini,” katanya ketika ditemui di restorannya.

Norasyikin mengakui sebagai manusia dia tidak sempurna, namun menghargai sokongan berterusan orang ramai terhadap perniagaannya walaupun teruk dikecam di media sosial.

Sementara itu, beberapa pengunjung yang ditemui mengakui mengetahui isu siakap mahal di restoran itu tetapi ia bukanlah isu kepada mereka.

Nadirah Mohd Radoan, 31, dari Seri Kembangan, Selangor berkata, menjadi kebiasaannya untuk melihat menu dan harga makanan serta minuman sebelum membuat pesanan.

“Pemandu bot memberitahu saya mengenai isu tular babitkan restoran itu tapi bagi saya, kita sebagai pelanggan boleh memesan makanan yang kita tahu tahap kemampuan kita,” katanya yang hanya memesan minuman sementara berehat selepas mengikuti pakej lawatan paya bakau.

Seorang lagi pengunjung dari Batu Gajah, Perak, Norhafidza Idayu Azman, 29 berkata, dia hanya menyedari bahawa restoran yang dikunjunginya itu adalah restoran yang tular semasa memesan makanan.

“Ada harga diletakkan bagi setiap jenis makanan di dalam menu yang disediakan, jadi saya memesan makanan mengikut kemampuan saya.

“Harga makanan laut adalah bagi setiap 100 gram (g). Kalau tidak berhati-hati mungkin ada pelanggan menganggap harga tersebut adalah bagi satu kilogram (kg) dan akan terkejut semasa membayar,” katanya yang hadir bersama keluarganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :HARIAN METRO
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Abang DD Terkjut Teng0k Bil Ikan Slakap Dia Lagi Mahal

Baru-baru ini tular di Facebook perkongsian seorang lelaki yang mend.akwa terkena pabila harga ikan siakap dipesannya di sebuah restoran di Langkawi begitu mahal.

Menerusi perkongsian Mohd Faris, dia perlu membayar RM 1,196 hanya untuk harga ikan siakap seberat 7.4 kilogram.

Disebabkan harga ikan tersebut yang begitu mahal, dia kemudian terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

Secara kebiasaannya untuk 7 orang dewasa makan dua ekor siakap sudah memadai bahkan mungkin akan terlebih sedikit. Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk 7 orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.

Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Sizenya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan.

Namun apabila ikan itu sampai, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar pinggan biasa letak ikan sebanyak 5 pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk 7 orang makan tetapi 30 orang makan.

Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM 700 hingga RM 800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM 1852.50,” jelasnya.

Parodi Siakap Sekilo Lagi Mahal Dari Yang Tular

Bagi mereka yang aktif dalam media sosial terutama dalam YouTube, channel Dd Chronicle ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana rata-rata pengguna sudah mengenali siapa beliau. Didi Sulaiman, 40, atau lebih dikenali dengan Dd Chronicle ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia Youtuber, tetapi bermula 2015, beliau lakukan secara s.erius.

Pelbagai kandungan telah disediakan oleh beliau di channel youtube miliknya, Dd Chronicle dan kemuncak nama beliau dikenali ketika beliau melakukan satu video parodi berkisahkan Siapa Muhyidin yang dilaungkan oleh seorang gadis.

Menerusi video beliau yang terbaru, dengan lebih satu ribu perkongsian rata-rata terhibur bila melihat parodi mengenai ikan siakap yang tular.

Reaksi Orang Ramai

Terbaik sindiran padu dr abg ni. Perkataan baru HABIB seafood, m.enyesal bang makan sini ohh x malu… Hahaha,xde duit byr pancing balik ikan siakap dan jual semula hahaha.

Nie bukan siakap 3 rasa. Nie siakap senohong gelama ikan duri…mmg ler mahal.

Sumber:OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.