Viral

KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Siakap Boleh Didenda RM40,000 & Penjara Sehingga 3 Tahun Jika Didapati Menipv

Beberapa hari ini, kecoh mengenai harga seekor ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 untuk saiz seberat 7kg di Langkawi.

Susulan kejadian tersebut, premis berkenaan sudah pun menerima kunjungan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menyiasat isu berkenaan.

Di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memberitahu pelanggan perlulah menyemak menu yang disediakan dan memastikan harga sebelum membuat pesanan bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Satu operasi Ops Menu telah dilancarkan bagi memeriksa semua premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam usaha mengelakkan penipuan harga oleh peniaga.KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Tawar Harga Tak Masuk Akal Boleh Didenda RM40,000 & Penjara 3 Tahun. Resit yang menjadi tular di media sosial kini.

Memberi fokus pada semua premis yang menyediakan makanan siap masak termasuklah restoran, kedai makanan Melayu, Cina, India, India Muslim, medan selera, restoran makanan laut dan sebagainya, sasaran pemeriksaan adalah pada tanda harga serta alat timbang yang digunakan premis.

Mana-mana pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Kedai Makan Ini Jadi Perhatian Netizen Selepas Hidang Nasi Bertimbun

 

Sebuah restoran menjadi perhatian netizen selepas tularnya video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok @amirulrahinxyon.

Dalam video berkenaan, beliau bersama beberapa orang lagi dilihat sedang bersedia untuk makan. Namun kuantiti hidangan seperti nasi yang dihidangkan betul-betul luar biasa.
Kedai Makan Ini Jadi Perhatian Netizen Selepas Hidang Nasi Bertimbun 1

Melihat pada ruangan komen, restoran di Padang Jawa, Shah Alam ini memang menjadi tumpuan kerana kuantiti hidangan nasi sepinggan yang boleh dijamu sekitar dua ke empat orang.

Dengan harga sekitar RM6 hingga RM8, ia memang berbaloi untuk dicuba.

Untuk anda yang berminat untuk berkunjung ke sini, bolehlah Waze sahaja Nasi Bukit Padang Jawa, Shah Alam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.