Uncategorized

‘Budak Lemas Depan Mata, Mak Ayah Tak Dapat Dikesan Sebab Terlalu Ramai Pengunjung’

Ramai antara kita dah mula pergi bercuti dan antaranya bawa anak pergi bermandi-manda di hotel atau taman tema air.

Difahamkan pada Cuti Hari Deepavali ini, banyak hotel yang penuh dan tempat tarikan pelancong semuanya padat dengan pengunjung.

Maklumlah, negara kita baru sahaja membenarkan aktiviti pelancongan dan rentas negeri kan?

Jadi tak hairanlah ramai yang ambil peluang untuk bercuti kali ini.

Tapi ibu ayah khususnya perlu berhati-hati dan pastikan anak sentiasa dipantau.

Dalam sebuah perkongsian, seorang lelaki mendakwa kejadian lemas berlaku betul-betul di hadapan matanya ketika bercuti di sebuah hotel di Melaka.

Kejadian tersebut menyebabkan seorang gadis tidak sedarkan diri dan difahamkan ibu bapa kepada gadis berkenaan tidak dapat dikesan selama 20 minit kerana terlalu ramai pengunjung di kawasan itu!

Baca perkongsian sepenuhnya:

Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak² masing² ketika bermain air semasa percutian.

Kejadian betul² depan mata tadi, mak & ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.

Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.

Alhamdullilah 20min CPR dr orang awam anak kecil ini kembali sedar.

Mungkin dia baru lemas 2 3 min sebelum di temui.

KITA JAGA KITA.

(Kredit / link perkongsian asal: Nik Azwan Mustapha)

 

 

‘SESAAT PUN RISIKO UNTUK LEMAS BOLEH TERJADI JIKA KITA ALIHKAN PANDANGAN DARIPADA ANAK’

Siti Aisyah Rozalli, seorang occupational therapist turut mengulas isu ini.

Di ruangan komen, ramai juga berkongsi pendapat, dan antara yang menarik adalah saranan daripada jurulatih renang ini:

Sebagai jurulatih yg ajar swim, saya selalu educate instead of avoid air..tolong lah ajar anak2 berenang dan educate water safety.

walaupun anak saya dah boleh swim, saya tetap pantau dia dan takkan lepaskan sesaat pun pandangan mata saya dari anak saya sebab saya dah mengajar lebih dari 10 tahun berenang, sebenarnya sesaat pun risiko untuk lemas boleh terjadi bila kita alihkan pandangan mata kita di tempat lain bila kita dah jauh 1 arm reach dari anak.

Saya ajar budak lebih dari 6 orang pun, walaupun mata tengok 1 murid, tapi mata saya akan keep tengok setiap anak murid yang tunggu turn dan tak pernah membelakangkan badan saya dari mereka.

Betapa pentingnya dan tingginya risiko utk lemas kalau la ibu bapa tau apa yang kami jurulatih2 ni rasa.

Make sure ambil kelas renang pun mesti jurulatih yg bertauliah sebab air ni cuai sikit je, habiss.

 

Selain itu, ramai juga memberi pandangan seperti berikut:

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat kita agar lebih berhati-hati ya. Ingat, dalam kolam cetek pun anak boleh lemas atas banyak faktor contohnya sebab bergurau, kekejangan dan sebagainya.

Saya sendiri pun pernah melihat kejadian begini berlaku di depan mata. Kebetulan waktu itu Hari Merdeka (sebelum PKP) dan memang ramai di kolam renang.

Tiba-tiba kecoh ada budak lemas dan masa tu nampak kanak-kanak diangkat dari dasar kolam dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mujurlah ada salah seorang daripada pengunjung tu seorang doktor dan terus buat CPR. Alhamdulillah nyawanya masih panjang. Namun kanak-kanak tersebut tetap dibawa ke hospital (emergency) untuk pemantauan rapi.

Jika diingatkan semula, masih meremang hingga hari ini dan ia antara sebab saya cukup risau jika bawa anak ke kolam renang atau taman tema air, apatah lagi dalam keadaan ramai orang.

Jadi diharapkan ibu bapa peka dan cakna anak-anak sentiasa ya. Bukanlah tak boleh bawa anak bermandi-manda, cuma perlu lebih ‘alert’ ok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :siraplimau

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *