Viral

Berani Pertahankan Diri Dan Buat Live IG. Gadis Mempersoalkan Perangai Zulfarhan Dikritik Teruk.

Semalam kecoh menerusi laman sosial seorang gadis yang bernama Najiha dikatakan mempersoalkan perangai arw4h Zulfarhan sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Seolah-olah menyokong tindakan tertudvh yang memperlakukan mngsa dengan 90 tekap4n seterika tersebut.

Menerusi sedutan live gadis yang bernama Najiha, dia menyatakan dia mengetahui perkara sebenar mengenai kejadian terbabit namun tidak dapat menceritakan hal tersebut kepada orang ramai.

Malahan turut mengakui bahawa dirinya bukanlah kekasih kepada salah seorang pelaku yang dikatakan orang ramai. Tetapi keluarga mereka (najiha) dan keluarga pelaku dikatakan ‘Closing” atau rapat.

Video:

 

Selain dari itu, Najiha turut meminta maaf terhadap ciapannya yang menjadi punc4 kritikan orang ramai terhadap dirinya. Menurutnya, dia berani membuat ciapan tersebut kerana mengetahui hal sebenar.

Manakala, menjengah ke ruangan komen, masih ramai yang bertindak mengecam beliau dek kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu.

Baru Nak Mempersoalkan Perangai Arwah Zulfarhan. Gadis Dikritik Warganet Di Laman Twitter. Rupanya Teman Wanita Salah Sorang Tertuduh.

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arw4h Zulfarhan Osman Zulkarnain dikritik warganet di laman Twitter.

Difahamkan, gadis tersebut memuat naik ciapan menyatakan pasti terdapat punca sehingga arwah diperlakukan tidak perikemanusiaan oleh enam bekas penuntut UPNM yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

“Kau tak nak tanya apa punca (kejadian) semua ni? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?,” ciap gadis terbabit.

Seorang pengguna Twitter, @pedoqpop berkongsi semula tangkapan skrin ciapan berkenaan yang meminta penjelasan lanjut daripada gadis itu berhubung perangai Allahyarham sehingga diulang kicau sebanyak 3,839 kali.

Perangai arwah yang macam mana?

Namun, gadis tersebut mengakui tiada niat mempersoalkan semua itu apatah lagi mahu membuka cerita sebenar menerusi tangkapan skrin memaparkan perbualan dalam direct message (DM) yang dimuat naik @PutriAinNatasha.

Cerita la sis!

Berdasarkan perbualan DM berkenaan, gadis itu menafikan dirinya membela si pelaku sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana kejadian terbabit boleh berlaku sehingga tertuduh tergamak melakukan kecederaan terhadap Allahyarham.

“Cuba pikir guna akal, kenapa diorang marah sangat kat arwah?” – Gadis

Selain itu, menerusi ‘siasatan’ warganet, mereka mendakwa gadis tersebut adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh selepas terjumpa satu akaun Instagram didakwa milik seorang bekas penuntut UPNM.

‘Relationship goals’

Bio akaun Instagram berkenaan meletakkan nama “Najeha’s” yang didakwa hampir sama seperti nama digunakan gadis terbabit di akaun Twitter. Namun, kesahihan perkara ini belum dapat dipastikan lagi.

Oh teman lelaki dia rupanya? Meh la cerita

Bagaimanapun, pencarian mendapati akaun Twitter gadis itu dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikritik warganet apabila dengan beraninya mempersoalkan punca kejadian tersebut.

Terdahulu, berdasarkan laporan media, terdapat 90 kes tekapan seterika pada tubuh Allahyarham Zulfarhan akibat perbuatan tertuduh selepas mangsa disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba dalam kejadian 21 Mei 2017.

Sumber: Twitter @pedoqpop , @PutriAinNatasha , @meinmokhtar & @jihayihaaa

Ramai Yang Sebak Bila Pemuda Throwback Dedahkan Kebaikan Dan Sikap Arwah Zulfarhan Waktu Belajar Dahulu.

Meskipun sudah empat tahun berlalu, pemergian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman kembali menjadi bualan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini susulan keputusan mahkamah tinggi ke atas 18 tertuduh yang terlibat dalam kes anggota terbabit.

Kawan baik ‘throwback’ belajar sama-sama

Mengimbau semula kenangan bersama arwah, seorang pengguna Tiktok bernama Ayish Falik ada memuat naik sebuah video yang menyaksikan ‘moment’ perkenalannya dengan arwah Zulfarhan sewaktu menuntut di pusat pengajian yang sama.

“Sumpah dia kawan yang baik…”

Ujar pemuda itu, arwah seorang yang sangat baik bahkan dia berani bersumpah bahawa kebaikannya itu benar-benar membuatkan ramai selesai berdampingan dengannya.

“Tak terbayang rasa sakit…”

Susulan perkongsian, ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai respon yang rata-ratanya sebak mengenangkan penderitaan yang dihadapi oleh arwah ketika itu.

“Keadilan sebenar akan berlaku”

Namun, tak kurang juga yang menitipkan doa buat arwah Zulfarhan sekaligus berharap agar nasibntya terbela jika  bukan di dunia, mungkin di akhirat kelak.

Sumber: Redaksi.

Walaupun Keluarga Tertuduh Sekali Pun Tidak Minta Maaf. Bapa Zulfarhan Maafkan Semua Tertuduh Atas Kehilangan Anaknya.

KUALA LUMPUR: Ibu dan bapa kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.28 pagi tadi.

Zulkarnain Idros yang ditemani isterinya Hawa Osman sempat berkata sesuatu kepada media sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Ketika ditanya pemberita, mereka berkata hanya mahukan pembelaan terhadap anak mereka Zulfarhan Osman.

“Saya ada buat sembahyang hajat dan sepanjang perjalanan saya baca surah Yasin. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga dan Allah makbulkan doa kami supaya Allahyarham Zulfarhan Osman mendapat pembelaan yang sewajarnya,” kata ibu arwah, Hawa Osman.

Bapa Allahyarham, Zulkarnain pula berkata kes anaknya yang berlanjutan sehingga empat tahun membuatkannya mengalami sakit jantung kerana terlalu penat.

“Selama empat tahun saya ulang alik mahkamah. Kemudian dua tahun lalu saya mengalami s.akit jantung oleh kerana terlampau penat,” ujarnya.

Saya maafkan mereka, walaupun sekali tidak minta maaf’

Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia memaafkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati namun segala keputusan yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

“Saya maafkan kesemua mereka…,” katanya ketika ditemui lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes itu di sini sebentar tadi.

Keluarga Tertuduh Tidak Pernah Sekali Pun Jumpa Seperti Anak Dia Pula Yang Bersalah.

Bagaimanapun menurut Zulkarnain apa yang membuatkan beliau terkilan tertuduh dan keluarga tidak datang berjumpanya ataupun untuk meminta maaf.

“Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang berjumpa saya dan isteri untuk meminta maaf kepada kami. Seolah-olah seperti anak saya pula yang bersalah,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berterima kasih kepada pihak mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada semua tertuduh.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, apa yang penting, beliau berharap orang ramai mengambil iktibar terhadap kes yang terjadi kerana impaknya amat besar.

“Saya pesan kepada masyarakat supaya, jauhi sifat membuli, kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.

Saya kehilangan anak sulung saya, anak-anak kehilangan abang sulung, serta idola mereka, sememangnya perkara seperti akan memberi kesan kepada saya dan keluarga seumur hidup kami,” katanya lagi.

Keputusan Mahkamah

Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bers.alah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kehilangan nyawa tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kesemua tert.uduh melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat.

“Dengan ini kamu berenam dengan niat bersama dan dengan persubahatan tertuduh keenam (Abdoul Hakeem) didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Kes.eksaan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat,” kata hakim itu.

Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertuduhan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, enam tertuduh itu bersama 12 rakannya didapati bersalah mencederakan Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.

Kesemua mereka yang kini berumur 25 tahun didakwa melakukan kes.alahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Zulfarhan Osman menghadap ilahi di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017.

M.ahkamah berhenti rehat bagi membolehkan pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan mitigasi berhubung keputusan itu.

Kredit : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Janan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *