Viral

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu..Bkan Makan Dedak Sebaliknya kita bagi ikan kecil..” Pemilik Restoran Terapung

LANGKAWI: Ikan siakap yang dijual pada harga RM1,196 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini yang tular semalam, diternak pemiliknya selama 11 tahun.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, ikan siakap seberat 7.48 kilogram (kg) tersebut diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti kebanyakan sangkar ikan komersial lain.

“Kita tk bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap kepada ikan-ikan yang dibela di dalam sangkar di sini.

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu, berapa banyak k0s untuk ikan tu? Berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan, tk mungkin saya nak jual dengan harga seperti ikan yang seberat dua kilogram?” katanya apabila ditemui di restoran tersebut, di Taman Geoforest Karst Kilim di sini hari ini.

Tambahnya, kos operasi restoran terapung adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga RM7,000 sehari.

Katanya, selain daripada kos memberi makan kepada ikan di sangkar tersebut, kos operasi lain seperti minyak bot yang digunakan untuk membawa bahan masakan dan kos penyelenggaraan restoran juga adalah lebih tinggi kerana kedudukannya yang terapung mengikut pasang surut air laut.

Menurutnya, pengawal keselamatan juga perlu diupah bagi memastikan ikan yang dibela tidak dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana kawasan sangkar tersebut adalah sangat gelap apabila malam tiba.

Jelas Norasyikin, ini bukan kali pertama dia menjual ikan yang bersaiz besar daripada biasa kepada pengunjung yang datang ke restoran tersebut.

“Kalau ada permintaan oleh pelanggan, saya tetap menjual ikan tersebut, tetapi saya tetap akan maklumkan ikan tersebut adalah sangat besar berbanding ikan lain yang mempunyai berat sekitar 800 gram (g) ke dua kilogram.

“Sebelum ini, pelanggan yang menempah ikan tersebut bersetuju apabila dimaklumkan mengenai saiz ikan dan tidak pernah timbul masalah seperti ini,” ujarnya.

Semalam, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.