Viral

‘Kau tak nak tahu perangai arwh macam mana sampai boleh jadi macam ni?’ – Tweet keruhkan keadaan, gadis ini dikec4m netizen

Kes pembunvhan yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain mengejutkan semua pihak dan mendapat liputan semua media. Walaupun kes tersebut sudah lama berlalu, namun, kronologi peristiwa tersebut menjadi sebutan orang ramai. 02 November 2021 menyaksikan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhkan hukuman.

Hukuman penj4ra 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) setelah didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kem4tian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain. Manakala, 12 lagi penuntut UPNM yang didapati bersubahat dalam kes itu dijatuhkan hukuman penj4ra tiga tahun.

Tular pula di media sosial kini, ada pihak yang mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai sebab-sebab tertentu dan ada juga menyatakan kes tersebut bukan berpunca daripada kehilangan komputer peribadi. Kehilangan komputer peribadi dikatakan hanya lah sekadar untuk menutup kes yang sebenar berlaku. Tular juga satu ciapan yang menyatakan kes arwh Zulfarhan bukan isu bvli.

Isu ini mula menular dalam kalangan pengguna Twitter apabila seorang gadis yang dikatakan merupakan teman wanita kepada salah seorang tertudvh melalui ciapan di Twitter seolah memberikan gambaran mengenai perkara sebenar yang berlaku.

“Kau tak nak tanya apa punca semua ni? Kau nak tahu perangai arwh macam mana sampai boleh jadi macam ni?” tulis gadis berkenaan di Twitter.

'Kau tak nak tahu perangai arwh macam mana sampai boleh jadi macam ni?' - Tweet keruhkan keadaan, gadis ini dikec4m netizen

Gadis ini juga memberi maklum balas dengan satu ciapan yang menayangkan gambar-gambar pesalah dengan penyataan ‘Untuk yang lupa enam budak sial bersal4h!’. Dia menyatakan kesalahan hanya dilihat pada si pelaku sahaja, tetapi orang ramai tidak tahu cerita di sebalik kes ini. Jika difikir logik katanya, seseorang takkan diusik jika tidak melakukan sesuatu perkara.

“Orang hanya akan nampak salah kat si pelaku je, tapi orang tak tahu cerita di sebalik kes ni. Fikir logik lah kalau orang tak usik kita, takkan kita nak usik orang kan? Yang tahu je tahu kisah sebenar.”

'Kau tak nak tahu perangai arwh macam mana sampai boleh jadi macam ni?' - Tweet keruhkan keadaan, gadis ini dikec4m netizen

Ciapan yang dibuat oleh gadis itu telah mengundang kemar4han netizen. Rata-rata netizen menyelar tindakan tersebut dan menyatakan gadis tersebut tidak perlu membuat kenyataan tersebut setelah beberapa tahun kes tersebut berlalu.

Seorang netizen juga berkongsikan perbualannya dengan gadis tersebut melalui satu mesej di Twitter. Netizen ini menyoal tindakan gadis tersebut namun, gadis itu ingin menyatakan kedua-dua pihak bersal4h dan ada sebab kejadian tersebut berlaku. Setelah tular mengenai isu ini, gadis tersebut dikatakan telah menutup akaun Twitternya.

'Kau tak nak tahu perangai arwh macam mana sampai boleh jadi macam ni?' - Tweet keruhkan keadaan, gadis ini dikec4m netizen

'Kau tak nak tahu perangai arwh macam mana sampai boleh jadi macam ni?' - Tweet keruhkan keadaan, gadis ini dikec4m netizen

Sumber: Twitter via thereporter

 

Gadis Dikecam Persoal Perangai Arwah Zulfarhan, Rupanya Bukan Org Sebarangan dan Awek kpd Tertuduh

 

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain dikecam warganet di laman Twitter.

Difahamkan, gadis tersebut memuat naik ciapan menyatakan pasti terdapat punca sehingga arwah diperlakukan kejam oleh enam bekas penuntut UPNM yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

Kau tak nak tanya apa punca (kejadian) semua ni? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?,” ciap gadis terbabit.

Seorang pengguna Twitter, @pedoqpop berkongsi semula tangkapan skrin ciapan berkenaan yang meminta penjelasan lanjut daripada gadis itu.

Ia berhubung perangai Allahyarham sehingga diulang kicau sebanyak 3,839 kali.

Perangai arwah yang macam mana?

Namun, gadis tersebut mengakui tiada niat mempersoalkan semua itu apatah lagi mahu membuka cerita sebenar menerusi tangkapan skrin memaparkan perbualan dalam direct message (DM) yang dimuat naik @PutriAinNatasha.

Cerita la sis!

Berdasarkan perbualan DM berkenaan, gadis itu menafikan dirinya membela si pelaku sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana kejadian terbabit boleh berlaku.

Ia sehingga tertuduh tergamak melakukan kecederaan terhadap Allahyarham.

“Cuba pikir guna akal, kenapa diorang marah sangat kat arwah?” – Gadis

Selain itu, menerusi ‘siasatan’ warganet, mereka mendakwa gadis tersebut adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh

Ia selepas terjumpa satu akaun Instagram didakwa milik seorang bekas penuntut UPNM.

‘Relationship goals’

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai

Bio akaun Instagram berkenaan meletakkan nama “Najeha’s” yang didakwa hampir sama seperti nama digunakan gadis terbabit di akaun Twitter.

Namun, kesahihan perkara ini belum dapat dipastikan lagi.

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai

Bagaimanapun, pencarian mendapati akaun Twitter gadis itu dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikecam warganet.

Ia apabila dengan beraninya mempersoalkan punca kejadian tersebut.

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai

Terdahulu, berdasarkan laporan media, terdapat 90 kes tekapan seterika pada tubuh Allahyarham Zulfarhan akibat perbuatan tertuduh.

Ia selepas mangsa disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba dalam kejadian 21 Mei 2017.

Sumber: Twitter @pedoqpop , @PutriAinNatasha , @meinmokhtar & @jihayihaaa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *